KUALA LUMPUR, 21 Ogos 2022 – Bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak malam ini melakukan sumpah mubahalah lagi sekali di Masjid Jamek Kampung Bharu bagi mengulangi pendiriannya yang tidak terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung diatas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang haram dana milik SRC sebanyak RM42 Juta.

Ahli Parlimen Pekan itu melakukan sumpah mubahalah pada malam ini sebagai jalan terakhir sebelum rayuan terakhir kes SRC International Sdn Bhd selasa ini.

“Wallahi Watallahi Wabillahi Watallahi, sejak aku diberikan amanah memimpin Malaysian sehinggalah saat ini, aku tidak pernah pada bila-bila masa mengetahui bahawa dana RM42 juta itu datang dari syarikat SRC secara langsung mahupun tidak langsung,” katanya ketika melafazkan sumpah mubahalah di hadapan jemaah Masjid Jamek Kampung Bharu disini, malam ini.

Turut hadir pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias yang memberi sokongan, Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Sri Mohamad Ali Mohamad, Setiausaha Agung UMNO Datuk Sri Ahmad Maslan serta beberapa kenamaan lain.

“Aku tidak pernah mengarahkan mana-mana anggota pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyeleweng apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akaun bank aku untuk apa-apa tujuan peribadi mahupun keluarga,” katanya.

Tambah Najib juga, beliau juga menyatakan bahawa tidak pernah terlibat dalam mesyuarat kabinet untuk meluluskan jaminan-jaminan kerajaan untuk mendapatkan habuan bagi pinjaman dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

“Aku tidak pernah terlibat untuk tujuan aku mendapatkan habuan sebanyak RM42 juta itu,” ujarnya.

Perdana Menteri keenam itu didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atas tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan penggubalan wang haram dana milik SRC sebanyak RM42 juta.

Leave a Reply