KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan menegaskan bahawa kelebihan UMNO ialah kekuatan tradisinya sebagai parti yang masih berada dalam komponen kerajaan meskipun hanya memiliki 26 kerusi Parlimen.

Menurut beliau, walaupun UMNO sering menjadi sasaran kritikan dalaman, parti itu tetap berpegang teguh kepada amanah yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong serta kekal sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“UMNO ini istimewa. Siapa jadi Presiden pasti dibalun kiri kanan, tapi itulah adat dalam parti. Bagi saya, itu perkara biasa. UMNO tetap istiqamah memperjuangkan agenda bangsa, agama, tanah air (ABATA),” katanya.

Dr. Azam turut membandingkan situasi UMNO dengan DAP yang kini dianggap lebih stabil di bawah kepimpinan Anthony Loke selepas era Lim Guan Eng. Menurutnya, DAP sudah memiliki ‘deposit tetap’ dengan 40 kerusi solid, manakala UMNO masih berdepan cabaran dengan hanya 26 kerusi yang pula sering dipecah dari dalam.

Beliau turut mengkritik keadaan dalaman UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang didakwa semakin hilang imej kesatuan akibat perselisihan terbuka dalam kalangan pemimpin.

“Orang dah muntah tengok pemimpin kita menceceh sana sini. Sepatutnya kepimpinan BN dan UMNO segera duduk semeja panggil mesyuarat untuk selesaikan masalah, bukan menambah masalah,” tegasnya.

Dr. Azam dalam kenyataannya menyeru agar UMNO lebih fokus menghadapi PRU akan datang, bukannya terus bergelumang dengan isu dalaman yang merugikan imej parti.

#UMNO #BN #PolitikMalaysia #KerajaanMadani #AzamRauzan #UMNOBN #PRU16 #ABATA #PolitikTerkini #MalaysiaKini

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f