KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2025 – Seorang lelaki dewasa ditemui tidak bernyawa di Sungai Klang berhampiran Blok 96, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, di sini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai pada jam 5.05 petang, sebelum mengerahkan pasukan ke lokasi kejadian.
Menurut Komander Operasi, PBK II Aminuddin bin Ahmad Basar, dua pasukan daripada BBP Seputeh dan BBP Pantai dengan kekuatan 19 anggota bersama jentera FRT-2 dan EMRS-1 telah digerakkan.
“Setibanya pasukan di lokasi pada jam 5.08 petang, didapati terdapat mayat seorang lelaki berusia 33 tahun berketurunan India terdampar di pinggir sungai. Mangsa berjaya dibawa naik menggunakan stretcher sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi berkenaan selesai sepenuhnya pada jam 7.40 malam. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
#SungaiKlang #MayatDitemui #BeritaTerkini #BombaMalaysia #TragediKualaLumpur #PolisDirajaMalaysia #PPRKampungLimau #OpsMenyelamat #BeritaMalaysia #KualaLumpur