Selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, saya berada dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO dari awal hingga akhir. Apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini kononnya Mesyuarat memberi kata dua kepada Perdana Menteri samaada untuk membubarkan Parlimen atau dipecat adalah FITNAH dan BERNIAT JAHAT untuk mencipta persepsi negatif terhadap UMNO.

Saya telah menghubungi YB Datuk Seri Presiden dan berbincang dengan Peguam UMNO untuk memulakan tindakan saman ke atas Malaysiakini dan Awani hari ini.

Begitu juga kepada Awani yang turut membuat berita fitnah tempoh hari kononnya Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian UMNO ada mendesak untuk PM campur tangan dalam keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan SRC.

Kedua-dua penglaporan berita FITNAH ini langsung tidak bertanggungjawab dan beretika. MALAYSIAKINI dan AWANI seharusnya mendapatkan atau memetik sumber yang sahih bukan hanya sekadar menyatakan ‘sumber dalaman’ yang tidak berasas hingga mencetuskan persepsi negatif.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia #BeraniKeranaBenar #SelidikSebelumSebar

Leave a Reply