KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2025 – Perhatian negara sekali lagi akan tertumpu ke Mahkamah Tinggi Putrajaya apabila prosiding kes bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak berhubung skandal 1MDB kembali bersidang selepas sambutan Deepavali.
Menurut peguam, Dato’ Hasnal Rezua Merican, perbicaraan akan bermula pada Selasa, 21 Oktober hingga 24 Oktober 2025, dengan penghujahan pihak pembelaan yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
“Selepas itu, ia akan disusuli pula dengan prosiding seterusnya pada 27 hingga 30 Oktober 2025, yang dijangka melibatkan hujahan balas daripada pihak pendakwaan,” katanya ketika ditemui media.
Kes ini merupakan antara peringkat penting kerana pihak pendakwaan sebelum ini telah menutup kes, sekali gus membuka laluan kepada hujahan akhir daripada pasukan pembelaan.
“Jangan lupa, ini adalah kes 1MDB yang mendapat perhatian antarabangsa, dan mahkamah akan mendengar penghujahan terakhir pembelaan sebelum keputusan seterusnya ditentukan,” tambah beliau.
Prosiding selama lapan hari ini bakal menjadi penentu kepada perjalanan kes Bossku, yang terus menjadi topik hangat di kalangan rakyat Malaysia.
#NajibRazak #Bossku #1MDBTrial #MahkamahPutrajaya #PolitikMalaysia #Deepavali2025 #Keadilan #ShafeeAbdullah #NajibCase #BreakingNews