KUALA LUMPUR  – Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan, tampil memberi pandangan mengenai pembentangan Belanjawan Madani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).

Menurut beliau, walaupun kandungan bajet kali ini dianggap menyeluruh dan penuh dengan insentif untuk rakyat, gaya penyampaian Perdana Menteri menimbulkan tanda tanya.

“Saya tengok kali ini, persembahan PMX agak muram, tidak bersemangat dan banyak tersasul. Nampak seperti beliau tidak fokus. Saya sendiri tidak tahu kenapa. Ramai yang okey, tapi ramai juga yang kecewa,” katanya.

Dr. Azam turut menegaskan bahawa Belanjawan Madani kali ini jelas mempunyai elemen “pre-election budget” dengan pelbagai insentif seperti SARA dan bantuan lain yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Nak puas hati semua orang memang mustahil. Tapi secara keseluruhan, bajet ini cukup besar, menyeluruh dan setiap lapisan masyarakat ada imbuhan. Cuma saya pelik, persembahan PMX agak canggung, tak seperti biasa,” jelas beliau.

Dr. Azam menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri sama ada pembentangan itu memenuhi jangkaan, namun beliau berpendapat rakyat wajar bersyukur kerana banyak manfaat diumumkan dalam belanjawan kali ini.

#BelanjawanMadani #PMX #AzamRauzan #UMNO #PolitikMalaysia #EkonomiRakyat #PRU16 #SARA #RakyatDidahulukan #IsuSemasa

Leave a Reply