Sokong Keputusan Biar Mereka Tentukan Nasib Sendiri!

KUALA LUMPUR – Keputusan MIC untuk mempertimbangkan keluar daripada gabungan Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan penuh daripada penganalisis politik terkemuka, Shahbudin Embun, yang berpendapat sudah tiba masa bagi kedua-dua pihak untuk berpisah secara rasmi.

​Komen ini timbul susulan kenyataan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang menyatakan terpulang kepada MIC atau mana-mana parti komponen untuk membuat keputusan sama ada ingin kekal atau keluar daripada BN.

​Shahbudin Embun, yang merupakan orang pertama membangkitkan isu ini minggu lepas apabila desas-desus MIC ingin meninggalkan BN kedengaran, pada mulanya menasihati pucuk pimpinan tertinggi BN, terutamanya Dato’ Zahid, untuk melakukan engagement dengan MIC dan MCA. Ini kerana timbul rasa tidak selesa dalam kalangan MIC dan MCA terhadap UMNO dan BN.

​“Saya mengambil pendekatan ketika itu seelok-eloknya pihak pimpinan tertinggi Barisan Nasional terutama Dato’ Zahid sendiri membuat engagement kepada MIC dan juga MCA,” ujar Shahbudin. Beliau memberi peluang kepada pimpinan parti untuk mencari titik pertemuan.

​Namun, nampaknya usaha tersebut tidak berhasil. Shahbudin mengesahkan bahawa pihak MIC bersikap tegas dan secara terbuka telah menyokong Perikatan Nasional (PN).

​Mengulas kenyataan rasmi Dato’ Zahid, penganalisis itu menyokong penuh keputusan tersebut, yang meletakkan pilihan untuk kekal atau keluar di tangan MIC.

​“Saya menyokong penuh keputusan yang dibuat oleh Dato’ Sri Zahid bahawasanya terpulang kepada MIC untuk meninggalkan BN dan saya rasa itulah saja… sebab kita tidak boleh paksa mereka,” tegasnya.

​Shahbudin merujuk kembali kepada sejarah pembentukan Malaysia di mana kerjasama antara kaum Melayu (UMNO), Cina (MCA), dan India (MIC) adalah penting. Namun, menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), beliau merasakan sudah “tercatat” bahawa MIC sangat ingin keluar daripada parti.

​“Dan saya rasa jika sekiranya mereka sudah lagi tidak ada perasaan bekerjasama dengan semangat esprit de corps, maka eloklah mereka meninggalkan BN secara official,” katanya.

​Shahbudin turut menyentuh mengenai MCA, di mana Presidennya menyatakan keputusan parti akan ditentukan oleh ahli, bukan secara bersendirian. Beliau menegaskan sebagai penganalisis, mereka tidak perlu menjadi busybody dalam menentukan hala tuju parti komponen tersebut.

​Mengakhiri komennya, Shahbudin mendoakan kejayaan kepada MIC bersama “rakan kongsi baharu” mereka, sambil menegaskan bahawa MIC sudah tidak mempunyai kepercayaan terhadap BN, meskipun Dato’ Zahid telah melakukan beberapa percubaan engagement untuk menyelamatkan hubungan tersebut.

​#MICKeluarBN ​#BarisanNasional #ZahidHamidi ​#PenganalisisPolitik #PerikatanNasional ​#PolitikMalaysia ​#BeritaTerkini ​#PRU16 ​#ShahbudinEmbun ​#UMNO

Leave a Reply