PUTRAJAYA, 22 Oktober 2025 – Ketua UMNO Bahagian Bangi, Dato’ Dr Mohd Zaidi Zain, menyatakan keyakinannya terhadap penghujahan kukuh yang dikemukakan oleh pasukan pembelaan dalam perbicaraan kes 1MDB melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, hari kedua penghujahan telah memperlihatkan bagaimana pasukan peguam Najib berjaya menyusun hujahan secara sistematik dan terperinci, sekali gus menafikan dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri itu terlibat dalam sebarang keputusan utama berkaitan 1MDB.

“Alhamdulillah, kita lihat bagaimana sambungan hari kedua penghujahan yang dirangkumkan oleh peguam pihak pembela, satu persatu segmen pencerahan diberikan kepada mahkamah,” katanya.

Dato’ Dr Zaidi menjelaskan bahawa berdasarkan penghujahan tersebut, tiada bukti menunjukkan Dato’ Seri Najib mempunyai kuasa membuat keputusan (decision-making power) dalam pengurusan 1MDB mahupun ketika penubuhan awal Terengganu Investment Authority (TIA) yang kemudian berkembang menjadi 1MDB.

“Apa yang dituduh bahawa Dato’ Seri Najib terlibat secara ‘top down’ atau ‘top bottom’ dalam membuat keputusan itu sebenarnya tidak berlaku sama sekali, kerana kuasa eksekutif bukan di tangan beliau, tetapi pada pihak pengurusan eksekutif syarikat itu sendiri,” tegasnya.

Beliau turut memuji pendekatan teratur pasukan pembelaan yang memperincikan setiap aspek kes melalui segmen penghujahan yang jelas, bagi memberi kefahaman menyeluruh kepada mahkamah dan rakyat.

“Saya nampak penghujahan tersusun indah, segmen demi segmen. Insya-Allah, kenyataan-kenyataan penting ini akan dikeluarkan satu per satu untuk memberikan penjelasan kepada rakyat bahawa Dato’ Seri Najib tidak melakukan seperti yang didakwa,” ujarnya.

Dato’ Dr Zaidi berharap agar masyarakat menilai kes tersebut dengan adil berdasarkan fakta dan hujahan sebenar di mahkamah, bukan semata-mata melalui persepsi awam atau laporan berat sebelah.

#1MDB #NajibRazak #KebenaranAkanTerserlah #UMNOBangi #DatoDrZaidiZain #KeadilanUntukNajib #Isu1MDB #PolitikMalaysia #SuaraRakyat #FaktaBukanFitnah

Leave a Reply