KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2025 –
Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan, tampil mengulas kemelut yang melanda MIC selepas parti komponen itu menzahirkan niat untuk keluar daripada Barisan Nasional (BN), dan tidak menjemput kepimpinan tertinggi BN termasuk Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke majlis rumah terbuka Deepavali baru-baru ini.
Menurut Dr. Azam, tindakan MIC itu dilihat tidak matang dan seolah-olah menjadikan politik sebagai “sinetron Tamil” apabila mereka sekejap mengkritik, sekejap pula mahu berpatah balik menyokong BN.
“Bagi saya, ini semua drama Tamil. Politik ni sinetron. Sekejap nak keluar, sekejap nak masuk balik. MIC kena matang, jangan acah-acah macam budak kecil yang tak dapat mainan,” katanya dalam satu sesi temubual khas.
Beliau turut memuji ketenangan dan kematangan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang menurutnya tidak mudah melatah walaupun berdepan pelbagai tohmahan daripada segelintir pimpinan MIC.
“Saya terpaksa memuji Datuk Seri Zahid. Dia seorang yang berjiwa besar, cool dan matang. Walau apa pun orang cakap, dia tetap fokus menjaga perpaduan BN,” ujar Dr. Azam.
Dr. Azam menegaskan bahawa ramai ahli dan penyokong akar umbi kaum India masih menyayangi Barisan Nasional, terutama di Johor, dan isu ini hanya melibatkan segelintir pimpinan atasan MIC sahaja.
“Saya lihat orang India di Johor tetap bersama BN. Tapi Vigneswaran dan beberapa yang lain ni, nampak macam ada ‘DNA pengkhianat’ dalam diri mereka,” katanya secara sinis.
Sebagai langkah membina semula kekuatan BN, Dr. Azam mencadangkan agar Zahid mengadakan EGM khas Barisan Nasional untuk membuka ruang kepada penyertaan lebih banyak parti di bawah konsep “Friends of BN”, bagi memperkukuhkan gabungan itu.
“BN perlu transformasi besar. Kalau saya jadi Zahid, saya buat EGM buka BN kepada semua parti sahabat. Kalau MIC tak setia, tak perlu dicalonkan dalam PRU. Tak guna taruh 10 calon kalah semua,” tegas beliau.
Mengakhiri kenyataannya dengan sindiran tajam namun bersahaja, Dr. Azam menyifatkan gelagat MIC kini seperti “kanak-kanak tak dapat susu dan puting”, sebelum mengucapkan “Happy Diwali” dengan nada sinis.
“Saya nak pesan, BN kena hati-hati kali ini. Kita nak pemimpin dan ahli yang setia, bukan yang acah-acah. Happy Diwali!” katanya sambil ketawa kecil.
#DramaPolitik #SinetronTamilBN #MICvsBN #ZahidCoolMatang #DrAzamRauzan #BarisanNasional #PolitikMalaysia #EGMBN #FriendsOfBN #HappyDiwaliPolitik