Oleh : R.S Thanenthiran
Merah itu simbol berani! Memang menggegar Dewan Merdeka hari ini sejak seawal 2.00 petang. Kami telah mewakili Parti Makkal Sakti Malaysia menghadiri jemputan ke Taklimat Khas Presiden UMNO YB Datuk Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Ombak lautan Merah hari ini membanjiri Dewan Merdeka. Datangnya mereka dari seluruh pelosok Negara! Pejuang Setia mewakili setiap bahagian UMNO turun bersolidariti untuk Bossku!
LAWAN TETAP LAWAN! Datuk Seri Azalina turun membakar semangat mereka hadir! Bagaikan gendang perang dipalu gegar dewan!
Presiden memulakan ucapan dengan penuh sebak! Bukan calang calang orang mengemudi Parti menongkah arus , sentiasa senyum dan berani. Hari ini sebak memikirkan seorang insan yang menyerahkan jiwa dan raga kepada Parti dan Rakyat dianiaya kerana kerakusan politik!
Beliau telah menunjukkan seluruh dunia bahawa insan itu tidak ditinggalkn keseorangan! Sebak terhenti, ngauman berani bermula: menyatakan beliau tidak akan berganjak mahu pun mengalah kepada pengkhianat dan pembelot yang ingin mengkhianati Parti dan Rakyat!
Janji beliau kepada Keluarga pemimpin tersohor bahawa sokongan dan solidariti akan berterusan! Parti akan dimartabatkan ! Perjuangan akan dikukuhkan! Saf dirapatkan!
Parti lebih hebat dari individu! Individu menjadi hebat kerana didokong oleh Parti dan akar umbi! Baranngsiapa yang berpuak, maka hancurlah ia selama lamanya!
Bersiap sedia, kuatkan Jentera PRU bakal tiba, Mandat akan dipulangkan kepada rakyat! Negara Sejahtera!
Duduk sekeliling pula akar umbi yang mengegarkan Dewan dengan laungan BUBAR! BUBAR! Pulangkan mandat kepada rakyat! Jangan taksub! Jangan tamak! BUBAR! BUBAR!
Hebat Taklimat Khas Presiden UMNO! Luar biasa Hebat!!!!
Kita bersedia! Siapsiaga!