1️⃣ BUBAR PARLIMEN ADALAH AGENDA RAKYAT

Rakyat dah lama mahu Parlimen dibubarkan dan sebuah kerajaan yang stabil memerintah negara.

Pakatan Harapan dan parti² sekutu kerapkali melaungkan kerajaan tebuk atap tatkala Langkah Sheraton dan mahu mandat rakyat dikembalikan.

Tetapi Mahaidin PN & sekutu²nya gila kuasa dan bernafsu besar untuk memenjarakan musuh² politik mereka.

Terbantutlah agenda bubar Parlimen, musnahlah pelbagai sistem negara & banyaklah kerosakan berlaku di sana sini.

Ia akhirnya membawa kepada Mahaidin ditumbangkan oleh Ahli² Parlimen PN sendiri dan digantikan dengan Ismail Sabri.

Agenda bubar Parlimen & PRU15 dipercepatkan bukanlah agenda UMNO sebagaimana yang dilaungkan pada perhimpunan 27 Ogos 2022.

Ia agenda rakyat Malaysia trans parti politik.

2️⃣ Yang mahu PRU15 diadakan awal adalah rakyat Malaysia.

Sebabnya mereka dihasut PH bahawa kerajaan PN adalah kerajaan tebuk atap.

Yang salahnya adalah UMNO BN, bukannya PH atau PN.

Logik atau tidak UMNO BN disalahkan?

Jawabnya tidak sebab rakyat yang bijak telah menggunakan hak mereka dengan memilih UMNO BN dalam 7 PRK pasca PRU14 serta menguburkan PH & PN dalam PRN² Sabah, Sarawak, Melaka & Johor.

Yang mahu PRU15 diadakan awal adalah rakyat Malaysia.

Sebabnya mereka dihasut PH bahawa kerajaan PN tak mampu tangani Covid-19 walaupun pelbagai PKP & Darurat diisytiharkan.

Yang salahnya adalah UMNO BN, bukannya PH atau PN.

Logik atau tidak UMNO BN disalahkan?

Jawabnya tidak sebab rakyat yang bijak telah menggunakan hak mereka dengan memilih UMNO BN dalam 7 PRK pasca PRU14 serta menguburkan PH & PN dalam PRN² Sabah, Sarawak, Melaka & Johor.

Sumber : Zamzuri Mohamed Tahir

Leave a Reply