Perdana Menteri, YAB Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob telah menerima surat perletakan jawatan Datuk Sri Azalina Othman Said sebagai Penasihat Khas Kepada YAB Perdana Menteri (Undang-Undang & Hak Asasi Manusia) yang bertarikh 29 Ogos 2022 serta notis sebulan seperti yang dimaklumkan.

Notis sebulan itu bertujuan untuk menyelesaikan segala kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau.

Namun, dalam tempoh itu juga, Datuk Sri Azalina akan diberikan cuti mulai 1 September sehingga akhir September tanpa perlu bertugas lagi di Pejabat Perdana Menteri.

YAB Perdana Menteri merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

Leave a Reply