Siapa Rizal ni?

Oleh : Nur Zaini

Rizal ini adalah orang yang asalnya didakwa sebanyak 4 pertuduhan pada 2018 untuk kes solar DS Rosmah.

Kemudian pada 8 Januari 2020, mahkamah telah melepas dan membebaskan Rizal selepas pendakwaan tiba2 menarik balik semua 4 pertuduhan.

Dan kemudian bermulalah episod, pendakwaan beralih arah kepada DS Rosmah.

Hari ini DS Rosmah didakwa dan disabit di Mahkamah untuk kesalahan-kesalahan yang dibuat oleh pegawainya setelah kes pegawainya digugurkan dan dijadikan saksi utama oleh pendakwaraya.

DS Rosmah didakwa dan disabit untuk tindakan pegawainya yang membuat perjumpaan sulit di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall dan meminta rasuah RM187 Juta.

DS Rosmah didakwa dan disabit oleh Mahkamah Malaysia sedangkan tiada transaksi wang masuk pun dibuktikan untuk tuduhan RM1.5 Juta dan RM5 Juta.

DS Rosmah didakwa dan disabit oleh Mahkamah Malaysia sedangkan tiada bukti pun yang menunjukkan beliau mengarah pegawainya.

Saksi pendakwaan ke 16, rakan perniagaan Saidi sendiri menyatakan bahawa Saidi memaklumkan yang dia menghantar duit ke rumah Rizal, membiayai umrah dan menghantar RM5 Juta tunai kepada Rizal.

Malahan dia turut ada semasa Saidi menghantar RM500,000 kepada Rizal.

Tiada DS Rosmah. Tiada transaksi akaun bank DS Rosmah. Hanyalah Rizal.

Bagaimana sistem kehakiman Malaysia boleh membenarkan dakwaan dan sabitan berdasarkan saksi utama yang sangat diragui akan kredibilitinya?

Bagaimana seorang saksi yang mengakui di Mahkamah menerima duit RM500,000 serta meminta RM25 Juta rasuah dan didedahkan telah mendapat tajaan sekeluarga pergi ke umrah boleh diterima sebagai saksi utama kes?

Bagaimana pegawai yang didedahkan di dalam mahkamah berurusan dan dikatakan menerima RM5 Juta tunai boleh dijadikan saksi utama mahkamah?

Bagaimana seorang pegawai kerajaan yang diragui punca pendapatannya sebagai pegawai Gred 48 tetapi mampu mempunyai rumah bernilai RM3.5 Juta, kereta Audi dan Honda Odyssey boleh dijadikan saksi utama?

Di mana letaknya penilaian kredibiliti saksi dalam pemilihan saksi sehingga mahkamah Malaysia membenarkan pendakwaan berdasarkan keterangan saksi yang didedahkan meminta rasuah, malahan menerima rasuah?

Ini adalah pertanyaan-pertanyaan besar yang harus anda tanya sebelum anda jadi jaguh persendakan sabitan isteri bekas Perdana Menteri.

Jangan nanti kita terjatuh ke dalam golongan yang dilaknat Allah SWT – golongan yang menfitnah dan memakan daging saudara sendiri.

Belajar tengok fakta sahabat-sahabat.

Belajar..

Leave a Reply