format: 0; filter: null; fileterIntensity: null; filterMask: null; captureOrientation: 0; runfunc: 0; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask:0; brp_del_th:0.0000,0.0000; brp_del_sen:0.0000,0.0000; motionR: 3; delta:1; bokeh:1; module: portrait;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: 13107200;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 253.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: -1;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 38;zeissColor: bright;

KUALA LUMPUR, 31 Mei 2026 – Isu pengurusan dan reformasi polisi dadah di Malaysia memasuki anjakan baharu menerusi pelancaran Kertas Dasar “Ke Arah Polisi Dadah Berteraskan Rahmah dan Maqasid Syariah: Keperluan Reformasi Dasar Dadah di Malaysia” bersempena Konvensyen Kepulihan Kebangsaan (KKK) 2.0 yang berlangsung hari ini.
Majlis perasmian dan pelancaran kertas dasar tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


Penerbitan kertas dasar ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Drug Policy Program Malaysia (DPPM) di bawah Yayasan AIDS Malaysia (MAF), serta Malaysia Substance Abuse Council (MASAC).
Bukan Untuk ‘Menghalalkan’ Dadah
Menjawab kegusaran awam, Puan Marhamah menegaskan bahawa pendekatan terbaharu ini sama sekali bukan bertujuan untuk menormalisasikan atau “menghalalkan” penggunaan dadah di negara ini.
”Islam secara jelas melarang penyalahgunaan dadah kerana kemudaratannya terhadap akal, nyawa, dan kesejahteraan manusia. Namun, individu yang bergelut dengan kebergantungan dadah harus dilihat sebagai insan yang memerlukan rawatan, sokongan, dan peluang untuk kembali pulih, bukannya sekadar dihukum,” jelas beliau.
Beliau turut menambah bahawa pelancaran kertas dasar ini bukanlah bermaksud kerajaan menerima bulat-bulat semua cadangan, sebaliknya ia merupakan satu sumbangan pemikiran ilmiah yang wajar diteliti oleh semua pihak berkepentingan.


Bezakan Pengedar Dan Pengguna
Antara intipati penting yang digariskan dalam kertas dasar tersebut adalah keperluan untuk membezakan secara jelas antara pengedar tegar dan pengguna dadah.
Pengedar & Sindiket: Perlu terus ditangani secara tegas dan tanpa kompromi oleh pihak berkuasa demi keselamatan awam.
Pengguna/Individu Bergantung Dadah: Perlu diberikan akses kepada sistem rawatan, pemulihan, dan integrasi sosial yang bermaruah.
Dari sudut hukum Islam, kertas dasar tersebut menghuraikan bahawa kesalahan berkaitan dadah berada dalam ruang ta’zir, di mana pemerintah mempunyai budi bicara untuk menentukan bentuk hukuman atau intervensi terbaik berdasarkan maslahah (kepentingan) awam dan realiti semasa.
Mekanisme Baharu: Alih Kes Jenayah Kepada Rawatan
Kertas dasar ini turut mengetengahkan beberapa cadangan reformasi utama, antaranya:
Mekanisme pengalihan kes daripada sistem jenayah konvensional kepada sistem rawatan khusus.
Pelaksanaan sistem rujukan bersepadu antara agensi kerajaan.
Pendekatan keadilan restoratif, khidmat masyarakat, dan program pembangunan kerohanian secara berperingkat.
Di akhir ucapannya, Puan Marhamah turut merakamkan penghargaan tertinggi kepada agensi kerajaan seperti AADK, PDRM, KKM, Jabatan Penjara, KPM, serta pihak MASAC yang menaungi lebih 50 pusat pemulihan persendirian atas sumbangan berterusan mereka.
Langkah ini diharap dapat membuka ruang wacana yang lebih matang, ilmiah, dan inklusif dalam membina masyarakat Malaysia yang bebas dadah melalui pendekatan yang lebih berperikemanusiaan. — AATV
#AATV #ReformasiPolisiDadah #MaqasidSyariah #KKK2026 #MalaysiaRahmah