Saya pernah tertarik dengan Datuk Seri Rafizi Ramli. Saya pernah percaya bahawa beliau adalah suara yang diperlukan untuk mengekalkan integriti dalam politik. Tetapi saya salah.
Rafizi bukan seorang politikus sejati. Beliau adalah seorang aktivis yang cuba berpura-pura menjadi politikus. Seperti Fahmi Reza, seperti BERSIH, beliau sesuai menjadi ketua jabatan, bukan ketua kerajaan. Beliau masih naif dan tidak matang dalam dinamik politik sebenar.
Seorang politikus yang baik mestilah relevan dan menjadi aset kepada parti, bukan seorang “lone ranger” yang cuba memperbaiki segala-galanya sendirian.
Rafizi tidak dapat menyesuaikan diri dalam PKR, tetapi mengharapkan PKR menyesuaikan diri dengan beliau walaupun beliau adalah duri dalam daging.
Beliau menjauhkan diri dari hampir semua orang dalam PKR. Beliau memperlakukan mereka seperti musuh, bukan rakan sepasukan untuk memperkukuh parti.
Sebaliknya, beliau mengkritik secara terbuka, menyerang, mengancam, dan merosakkan imej PKR seolah-olah tiada kebaikan yang pernah dilakukan oleh parti itu.
Dengan Rafizi keluar dari PKR, saya berani kata: Good riddance. Marilah kita lihat berapa lama Rafizi boleh bertahan.
Beliau perlukan ahli, penyokong, dan yang paling penting, wang. Tanpa wang, Rafizi hanya boleh bercakap. Dan apabila beliau mendapat penderma besar, beliau akan dipasang tali di lehernya.
Saya kembali ke pagar. Tetapi kali ini, saya melihat ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan kerana Anwar sempurna. Tetapi kerana Anwar, pada masa ini, adalah satu-satunya yang memikul beban negara.
Sementara Rafizi hanya memikul beban egonya sendiri.
Dan saya, sebagai seorang pengundi biasa, telah membuat pilihan. “Saya pilih negara”.
Izham Ariff
Anggota PKR Pandan
