BANGI, 9 September 2022 Adham bin Baba hari ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Dato’ Sri Dr. telah melancarkan Group (MNIG) Malaysia Nanotechnology Industrial sempena majlis penutupan rasmi Kebangsaan (NanoKEB) 2022 . Program Nanoteknologi Pelancaran MNIG secara rasmi ini bertujuan menghimpunkan pemain industri nano di Malaysia, sekali gus mengurangkan jurang ekosistem nanoteknologi negara. MNIG disasarkan untuk menjadi pelantar terbaik ke arah penglibatan lebih banyak industri terutamanya P erusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pemain ekosistem inovasi tempatan dalam bidang nanoteknologi, seterusnya mampu menembusi pasaran antarabangsa dengan produk inovatif yang bernilai tinggi. Dalam ucapannya pada program NanoKEB 2022, YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba menyatakan keyakinannya terhadap penubuhan MNIG dalam membantu industri nanoteknologi di peringkat serantau dengan mengambil peluang perkembangan 25. pasaran nanoteknologi Asia Pasifik yang diunjurkan mencapai lebih USD2.6 trilion pada tahun 20 Sumbangan PKS dalam industri nanoteknologi berpotensi tinggi kepada ekonomi negara, melibatkan lebih 900 produk nano di pasaran Malaysia bernilai RM381.8 juta pada tahun 2020. Manakala n ilai jualan tahunan produk nano tempatan yang telah mendapat pensijilan NanoVerify telah meningkat kepada RM441.9 juta dan diunjurkan terus meningkat kepada RM490.1 juta pada tahun ini. MNIG akan mewakili industri nanoteknologi di Malaysia dan dianggotai oleh wakil industri berkaitan nanoteknologi. Ia berperanan sebagai medium untuk menjalin kerjasama erat antara syarikat nanoteknologi, PKS dan pemegang taruh yang lain serta membantu penyelarasan antara syarikat dalam rantaian bekalan produk teknologi nano.
Selain itu, MNIG juga bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan pentadbiran, nasihat atau kawalan kewangan, sokongan maklumat dan kesetiausahaan kepada ahlinya, selain turut menyediakan perwakilan industri, nasihat peraturan, advokasi perniagaan, pensijilan pengesahan dan keselamatan serta bantuan nasihat yang kosefektif dalam bidang dasar industri. Program NanoKEB adalah program tahunan anjuran Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) yang telah dijayakan bersama para pemegang taruh ekosistem inovasi nano tempatan sejak tahun 2015. Ia adalah program peringkat kebangsaan untuk para penggiat nanoteknologi berkongsi pengetahuan terkini dan amalan terbaik (best practices) dalam bidang nanoteknologi melalui siri ceramah, sesi libat urus, forum pelbagai hala dan siri bengkel teknikal yang telah diatur secara kolaboratif dengan mod interaktif membabitkan semua peserta. NanoKEB pada tahun ini telah disertai oleh 500 orang peserta dari seluruh negara secara fizikal dan maya. Pada majlis yang sama, dua (2) Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara NanoMalaysia Berhad (NMB) dengan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) dan NMB dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP). Menerusi MoU antara NMB dengan UTAR, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam pelaksanaan projek Nanotech Remote Energy System (NREgS) yang merangkumi penskalaan teknologi penuaian tenaga (energy harvesting) dengan penerapan bahan termaju bagi memantapkan prestasi peranti pengecas tanpa wayar berteraskan aplikasi yang memerlukan mobiliti seperti pengguna telefon mudah alih, sektor pengangkutan serta bandar pintar. Projek ini juga bertujuan membina jaringan ekosistem yang kukuh dalam menyokong fasa pengkomersialan dan perindustrian. Bagi MoU antara NMB dengan UMP pula, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam Biomass Circular Economy Program (BICEP). Projek ini akan menggunakan sisa biojisim daripada aktiviti pertanian di Malaysia untuk menghasilkan bahan dan produk termaju berkualiti tinggi yang mempunyai pelbagai faedah seperti bahan termaju seperti grafen, nanoselulosa, nanosilica yang boleh digunakan peranti Internet kebendaan (IoT), komponen kenderaan elektrik (EV) serta bahan api untuk tenaga boleh diperbaharui seperti hidrogen.