format: 0; filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; captureOrientation: 0; runfunc: 0; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask:0; brp_del_th:0.0000,0.0000; brp_del_sen:0.0000,0.0000; motionR: 0; delta:1; bokeh:1; module: photo;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: 12582912;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 271.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 0;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 40;

KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2026 – Keluarga mangsa kemalangan maut menuntut keadilan dan mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka semula kertas siasatan berhubung insiden tragis yang meragut dua nyawa di Kampung Heliang, Kalumpang.
Kejadian yang berlaku pada 5 Januari lalu sekitar jam 8:30 malam itu membabitkan seorang warga emas berusia 69 tahun, Manickam, bersama seorang pembonceng warga India yang maut di tempat kejadian selepas motosikal mereka dirempuh dari belakang oleh sebuah kenderaan mewah jenis BMW ketika melintas jalan.
Aktivis Sosial merangkap wakil Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, Dato’ Dr. Kalaivanar, mempersoalkan pengendalian kes oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Kuala Kubu Bharu. Beliau mendakwa wujud kelemahan ketara dalam siasatan apabila pemandu kenderaan terbabit tidak ditahan atau direman walaupun insiden berkenaan melibatkan kematian berganda.
Keluarga mangsa turut meluahkan rasa terkilan selepas dimaklumkan bahawa kes tersebut diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Mei, sedangkan pegawai penyiasat kes sebelum ini dilaporkan berulang kali memberi alasan bahawa laporan akhir masih belum siap sehingga Jun.
Sehubungan itu, pihak keluarga mendesak siasatan menyeluruh dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menuntut agar pemandu yang terlibat dituduh di mahkamah secara telus tanpa sebarang kompromi.
#KeadilanUntukMangsa #TragediKalumpang #BeritaAAC #PDRM #IsuSemasa