
KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2026 – Malaysia mempunyai potensi besar untuk terus menerajui segmen pelancongan Islam global yang kini semakin berkembang pesat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tawaran pelancongan untuk pasaran tersebut tidak wajar dihadkan kepada isu makanan dan lawatan ke masjid semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi pengalaman holistik di negara yang diterajui kerajaan Islam.
Menurut beliau, ekosistem dan cita rasa pelancong Muslim kini telah banyak berubah dan Malaysia perlu menyediakan produk pelancongan yang bersesuaian sepanjang tahun, bukan hanya pada musim tertentu seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha, atau bulan Ramadan.
Antara produk baharu yang diketengahkan termasuklah pakej pelancongan berasaskan kapal pelayaran (cruise) yang menawarkan pelbagai pengisian dan aktiviti berunsurkan nilai Islam sepanjang pelayaran tanpa menjejaskan akidah.
Mengulas mengenai peralihan pelancong Asia Barat ke negara serantau lain, beliau mengakui situasi yang berlaku di Asia Barat memberi kesan kepada pergerakan pelancong, namun ramai dalam kalangan mereka kini mula tertumpu ke rantau Asia Tenggara.
Sehubungan itu, inisiatif dan daya usaha berterusan perlu digembleng untuk memastikan Malaysia kekal menjadi destinasi pilihan utama mereka di rantau ini.
Kerjasama dan pelbagai inisiatif berkaitan sedang digerakkan bagi menarik lebih ramai pelancong Islam untuk berkunjung dan merasai keunikan ekosistem pelancongan di Malaysia.
#PelanconganIslam #TravelMalaysia #AhmadZahidHamidi #BeritaAAC #PelanconganMesraMuslim