
PUTRAJAYA 13 Oktober 2026 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima aduan rasmi berkaitan isu membabitkan My EG Sdn Bhd (MyEG) dan Zetrix AI Berhad.
Aduan tersebut diterima pada 7 Oktober 2026.
Menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan hari ini, suruhanjaya itu turut mengambil maklum bahawa isu berkenaan sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sehubungan itu, SPRM akan bekerjasama rapat dengan PDRM bagi meneliti dan melaksanakan perkongsian maklumat dalam siasatan tersebut.
Kerjasama itu akan fokus kepada kesalahan-kesalahan di bawah bidang kuasa pihak polis.
SPRM memaklumkan, PDRM akan menyalurkan sebarang maklumat sekiranya wujud elemen rasuah untuk tindakan lanjut oleh SPRM.
Dalam pada itu, SPRM turut mengalu-alukan kerjasama daripada mana-mana pihak untuk menyalurkan maklumat lanjut berkaitan isu tersebut.
SPRM dalam masa sama menyeru semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai siasatan ini.
Orang ramai juga diminta tidak menyebarkan berita tidak sahih yang boleh menjejaskan proses siasatan yang sedang berjalan.
SPRM menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dan akan melaksanakan siasatan dengan bebas, adil, serta berlandaskan undang-undang.
#SPRM #MYEG #ZetrixAI #IsuSemasa #BeritaAAC