filter: null; fileterIntensity: null; filterMask: null; captureOrientation: 0; runfunc: 0; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask:0; brp_del_th:null; brp_del_sen:null; motionR: 0; delta:null; module: video;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: null;cct_value: 0;AI_Scene: (-1, -1);aec_lux: 292.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 0;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 38;
KUALA LUMPUR, 15 November 2026 : Kerjasama politik yang terjalin melibatkan Barisan Nasional (BN) khususnya di Negeri Sembilan dan Melaka disifatkan sebagai satu bentuk tafahum siyasi atau kesefahaman politik demi kestabilan pentadbiran negeri.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, buat masa ini gabungan itu belum merancang secara terperinci mengenai langkah kerjasama yang lebih jauh, namun terbuka untuk berbincang sekiranya keadaan memerlukan.
”Apa yang kita telah lalui khususnya untuk Negeri Sembilan dan Melaka merupakan tafahum siyasi, ertinya kesefahaman politik. Kita belum pernah merancang untuk ke arah yang lebih jauh lagi, tetapi kalau tiba masanya dan keadaan memerlukan, kita akan duduk bersama-sama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parti Progresif Penduduk (PPP).
Mengulas mengenai persoalan sama ada UMNO dan BN masih menuntut pembubaran Parlimen, Pengerusi BN itu menegaskan bahawa perkara tersebut berada sepenuhnya di bawah bidang kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Presiden UMNO itu, sekiranya timbul keperluan ke arah tersebut seperti yang pernah disentuh oleh Perdana Menteri sebelum ini, beliau mempunyai hak serta mandat penuh untuk melaksanakannya.
Dalam perkembangan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Ahmad Zahid mengesahkan bahawa BN dan UMNO tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meletakkan calon di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di wilayah berkenaan.
Jelas beliau, keputusan itu dibuat bagi menghormati persefahaman sedia ada antara UMNO dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sarawak.
Sementara itu, berhubung perkembangan politik dan pentadbiran di Negeri Sembilan, beliau memberi jaminan bahawa sebarang isu yang berbangkit akan diselesaikan dalam kadar segera.
Tambahnya, keutamaan utama BN dan UMNO adalah memastikan masalah rakyat di negeri tersebut dapat ditangani dengan baik serta pentadbiran kerajaan negeri terus berjalan lancar berlandaskan Perlembagaan Negeri Sembilan.
#BeritaAAC #AhmadZahidHamidi #PolitikMalaysia #BarisanNasional #TafahumSiyasi