format: 0; filter: 0; fileterIntensity: 0.0; filterMask: 0; captureOrientation: 0; runfunc: 0; algolist: 0; multi-frame: 1; brp_mask:0; brp_del_th:0.0000,0.0000; brp_del_sen:0.0000,0.0000; motionR: 0; delta:1; bokeh:1; module: photo;hw-remosaic: false;touch: (-1.0, -1.0);sceneMode: 13107200;cct_value: 0;AI_Scene: (0, 0);aec_lux: 297.0;aec_lux_index: 0;albedo: ;confidence: ;motionLevel: 0;weatherinfo: weather?null, icon:null, weatherInfo:100;temperature: 34;
KUALA LUMPUR, 24 November 2026 – Kemelut dan salah faham melibatkan urusan jual beli sebuah lori bernilai lebih RM156,000 yang tular sejak awal bulan ini akhirnya menemui titik noktah apabila kedua-dua pihak bersetuju mencapai kata sepakat secara harmoni, hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan dalam satu sidang media khas yang dikendalikan oleh Aktivis Sosial daripada Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, Dato’ Dr. Kalaivanar, yang bertindak sebagai orang tengah bagi menjernihkan keadaan berlandaskan konsep silaturahim.

Menurut Dato’ Dr. Kalaivanar, isu yang timbul pada 3 November lalu berpunca daripada kelewatan penyerahan lori yang sepatutnya diserahkan pada bulan Mei selepas bayaran dibuat pada Februari dan Mac, namun hanya dapat diagihkan pada bulan September akibat masalah bekalan dan teknikal di bengkel.
Keadaan menjadi lebih rumit apabila lori berkenaan terpaksa keluar masuk bengkel sebanyak tujuh kali termasuk proses menurunkan enjin, sehingga menyebabkan pembeli, Encik Dharma, menanggung kerugian besar kerana gagal memenuhi kontrak penghantaran barang kepada pelanggannya.
Bagaimanapun, pihak syarikat pembekal lori, Soon Success Sdn Bhd yang diwakili oleh Encik Andy, tampil penuh bertanggungjawab dan tidak “cuci tangan” dengan bersetuju mengadakan sesi dialog dua hala bersama peguam masing-masing.

Hasil perbincangan yang dijalankan secara profesional itu membawa kepada pemeteraian surat perjanjian rasmi di mana pihak pembekal bersetuju membayar pampasan berjumlah RM30,000 menerusi cek kepada Encik Dharma sebagai tanda penyelesaian penuh.
Dato’ Dr. Kalaivanar menjelaskan bahawa walaupun jumlah pampasan tersebut tidak dapat menampung keseluruhan kerugian yang dialami pembeli, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah tanpa sebarang unsur prajudis.


Beliau turut mendedahkan bahawa sepanjang tempoh lori tersebut dibaik pulih sebanyak tujuh kali sebelum ini, pihak syarikat pembekal telah menanggung sendiri kos pembaikan enjin tanpa membuat sebarang tuntutan insurans yang dianggarkan bernilai RM50,000.
Menerusi perjanjian damai yang dicapai, pihak sekretariat dan pengamal media turut bersetuju untuk menurunkan serta memadamkan video tular terdahulu sebaik sahaja urusan penjelasan cek dan penyerahan semula lori dari bengkel selesai sepenuhnya.
Mengakhiri kenyataannya, Dato’ Dr. Kalaivanar merakamkan penghargaan kepada kedua-dua pihak atas kematangan serta budi bicara yang ditunjukkan dalam menyelesaikan pertikaian perniagaan secara matang dan muhibah.
#BeritaAAC #IsuSelesai #KeadilanPengguna #DatoDrKalaivanar #MuhibahMalaysia