Roslan SMS
Tanpa sebarang perasaan bersalah, dengan bongkaknya Pengerusi DAP Lim Guan Eng memuat naik gambar 10 Menteri Kabinet Kerajaan Keluarga Malaysia yang beliau dakwa kononnya merupakan menteri-menteri yang GAGAL.
Sejak hilang jawatan Menteri Kewangan apabila kerajaan PH tersungkur jatuh, Guan Eng bagaikan burung kakak tua yang nyanyuk sekejap menyanyi, sekejap menangis, kemudian terpekik, meracau tak ketahuan hala
Swpatutnya beliau tumpulah peranan sebagau ahli Parlimen dan bantu Malaysia mendepani cabaran semasa bukannya berleter dan mereka-reka cerita sedang diri sendiri masih terjebak sebagai kulster mahkamah, belum bersih dari segala pertuduhan.
Gagal atau tidak para Menteri dan kerajaan ini serahlah pada rakyat untuk membuat penilaian dan keputusan. Yang pasti paling rakyat kecewa, muak dan mual adalah kerajaan 22 bulan PH yang telah memperdaya mereka dengan manifeato dan janji palsu.
Rakyat juga mahu menilai kes rasuah Guan Eng yang belum selesai sebab swmasa perbicaraannya baru-baru ini tersiar pelbagai kenyataan berkenaan beliau termasuklah yang berikut:
“Pengarah Eksekutif Kanan Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli memberi keterangan bahawa dirinya “terkejut” apabila Lim Guan Eng didakwa meminta 10 peratus keuntungan daripada projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang.
Semasa perbicaraan hari ini terhadap bekas ketua menteri Pulau Pinang itu, saksi pendakwaan ke-22 Zarul mendakwa tertuduh meminta demikian daripadanya ketika mereka berdua berada di dalam kereta di Kuala Lumpur pada malam Mac 2011.
Ketika membacakan pernyataan saksinya, Zarul mendakwa awal malam itu, dia telah memberi persetujuan kepada Lim berhubung MOU (Memorandum Persefahaman), bagi membolehkan tertuduh memberikan Projek Terowong Dasar Laut kepada syarikatnya secara rundingan terus.
Saksi itu mendakwa semasa berada di dalam kereta, Lim kononnya meminta daripadanya sebanyak 10 peratus keuntungan masa depan bagi projek RM6.3 bilion Pulau Pinang itu.
Consortium Zenith Construction adalah kontraktor utama bagi projek terowong dasar laut.”
(Malaysiakini, Disember 17, 2021 – Saya terkejut Guan Eng minta keuntungan 10 peratus – Saksi)