Oleh : DS R.S. Thanenthiran

Sebentar tadi saya telah bersama YB Datuk Seri Diraja Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk berjumpa dengan sahabat baik dan seorang pemimpin yang sudah dianiaya hanya kerana dendam! Ya, di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kami telah mengharungi detik beberapa jam hanya untuk bersua namun pelbagai halangan terpaksa diharungi! Mantan Timbalan Perdana Menteri, Mantan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid, pun begitu pelbagai karenah Pegawai terpaksa ditempuhi untuk berjumpa Bossku. Beliau hanya tersenyum dan menyatakan kepada saya, “Thanenthiran , senyuman ini sebenarnya tangisan mengingati Bossku”.

Seorang Pemimpin yang telah membawa Negara ke mercu kejayaan kini dilakukan sebegitu. Ya kami memang menghormati Undang Undang tetapi titikberatkan juga Nilai perikemanusiaan, jangan diperlakukan pemimpin itu sebegitu rupa! Tidak apa mungkin hari ini adalah hari mereka, namun suatu hari akan menjadi hari beliau.

Kami telah sempat berjumpa dengan YBhg Datin Seri Rosmah Mansor, dan diberi kata kata semangat dan sokongan moral bahawa kami masih bersama bersama jutaan pengikut diluar sana! Mungkin juga ada segelintir antara pedendam berasa gembira namun, Kita biarkan sahaja hingga tiba masanya. Sebagai sahabat setia kami turun bersolidariti untuk Bossku! Kita bersama sepanjang masa.

Teringat pula saya kepada kata kata Datuk Seri Zahid semasa AGM kami yang baru baru ini berlangsung.
“Banyak sangat semut bersama apabila banyak sangat gula, tiada gula maka tiada semut bersama!” Tetapi kami disini sebagai Pejuang dan penyokong tegar! Semuanya hanya akan dijawap dalam peredaran masa!

Leave a Reply