KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2022 – Pameran BPEX atau Bumiputera Property Exhibition yang telah mengadakan platform untuk pemain-pemain industri hartanah terutama sekali pemaju-pemaju perumahan di Lembah Klang sejak tahun 2007 itu telah banyak memainkan peranan dalam mempromosikan kepada masyarakat Bumiputera unit-unit bumiputera kuota supaya orang Malaysia tahu tentang adanya unit-unit kuota Bumi ini di Lembah Klang yang juga dikenali sebagai “Bumiputera Property Stop Centre”.
Sehingga kini, genaplah usia 15 tahun BPEX ini dalam menyediakan platform kepada pemaju dan juga menggalakkan Kaum Bumiputera memiliki rumah Idaman mereka sama ada sebagai rumah pertama mahupun sebagai pelaburan.
Majlis penutupan ini dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim yang memberikan perhatian dan sokongan Pameran BPEX kali ini.
Memiliki rumah pertama bagi golongan B40 dan M40 adalah cabaran buat masa sekarang ini, apatah lagi yang tinggal di bandar, gaji tak cukup kerana bebanan komitmen kehidupan yang tinggi, pendapatan tak tetap, bergaji kecil, tiada pay-slip, dan disebabkan ini loan tidak lulus.
Baru-baru ini program pemilikan rumah atau HOPE yang membawa satu inisiatif pembiayaan perumahan Malaysia I-biaya yang merangkumi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), Skim Rumaht Pertamaku (SRP), Rumah PR1MA, Konsep Sewa Bell (Rent-To-Own) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri dapat membantu golongan ini memilih rumah pertama mereka dengan mudah.
Terdahulu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga ada menyatakan bahawa bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100 peratus manakala rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50%. Pengecualian berkenaan adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun lalu sehingga Disember 2023.
BPEX mengambil peluang dan kesempatan ingin bersama membawa aspirasi SATU KELUARGA SATU RUMAH bagi menuju sasaran bahawanya setiap orang perlu ada rumah dan BPEX bersama-sama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berganding bahu menjalankan tanggungjawab bagi menunaikan hasrat rakyat dan yang lebih penting supaya Kaum Bumiputera tidak terlepas peluang inisiatif-inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan.
Menurut Pengarah Urusan MMC Sdn Bhd, sokongan kepada BPEX yang mempromosikan unit kuota Bumi terus diberikan supaya kelestarian untuk masyarakat Bumiputera dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
BPEX telah berjaya mengumpulkan lebih 8000 unit kuota Bumi yang bernilai lebih. kurang 6 bilion ringgit bermula dari RM250,000 hingga hartanah RM5 milion.
Unit Kuota Bumi adalah unit yang diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera untuk sama-sama dimanfaatkan. lanya telah diwartakan kepada setiap pembangunan kediaman di Kuala Lumpur sebanyak 30 peratus dan 60 peratus di Selangor serta harus dipromosikan sebaik mungkin supaya ianya dapat diketahui oleh Kaum Bumiputera dan sekali gus membantu pemaju menjual unit ini dengan lebih baik lagi.
Pelabur pelabur yang arif tentang hartanah faham bahawa membeli hartanah adalah satu langkah bijak dimana lambat laun pulangannya akan bertambah.
Pemaju-pemaju hari ini telah memberikan yang terbaik seperti diskaun atau rebat istimewa untuk bakal pembeli dan pelabur hartanah. Ada 55 pemaju mempamerkan unit kediaman masing-masing di mana 25 daripadanya dari Kuala Lumpur dan 30 dari Selangor.
Antara pemaju yang terlibat dengan pameran ini adalah S SP Setia, Platinum Victory, PKNS, Mah Sing, Malton Berhad, OCR Group Berhad, MCT Berhad, UM Corporation Berhad, UEM Sunrise, EUPE Corporation Berhad, MKH Berhad, Glomac Group, TS Law dan Sky World Development.