Hari ini saya telah membuat satu laporan polis terhadap YB Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman dan beberapa kepimpinan MUDA yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap Pemuda UMNO. Mereka mendakwa bahawa Pemuda UMNO telah membuat provokasi & kekacauan ketika Ceramah Mega Muar MUDA sedang berlangsung semalam.
Tuduhan ini dikemukakan dalam bentuk ucapan & beberapa paparan di dalam laman twitter yang menuduh Pemuda UMNO sebagai kumpulan yang mencetuskan kekecohan semasa YB Syed Saddiq sedang berucap di perkarangan Pejabat Parti MUDA Muar, semalam.
Selaku Ketua Pemuda UMNO Muar, saya menegaskan bahawa Pemuda UMNO Muar khasnya, dan Pemuda UMNO secara keseluruhannya menolak politik secara provokasi sebegini & ialah adalah budaya yang tidak diamalkan oleh Pemuda UMNO.
Untuk pengetahuan semua, keseluruhan jentera Pemuda UMNO Bahagian Muar terlibat secara langsung dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO dan juga Pelancaran Jentera Pilihanraya pada hari semalam. Secara logiknya mustahil bagi kami untuk meluangkan masa melakukan sesuatu yang tidak langsung mendatangkan faedah kepada parti.
Justeru, kerana melihat kepada usaha untuk melemparkan fitnah amat mudah oleh pimpinan MUDA ini, saya mengambil keputusan untuk membuat laporan Polis & saya juga telah berbincang dengan peguam saya untuk membuat tindakan saman terhadap mereka yang telah menuduh Pemuda UMNO di dalam kes ini.
MOHD HELMY ABD LATIF
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar.