KUALA LUMPUR, 22 Oktober 2022 – NGO MySetiawangsa menganjurkan Program Tukar Minyak Hitam Percuma kepada penunggang motosikal.
Majlis pada malam ini akan disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Mohd Irwan Rizal bin Mohd Ali Napiah selaku Presiden MySetiawangsa. Inisiatif pemberian Minyak Hitam Percuma adalah merupakan siri pertama yang dianjurkan oleh MySetiawangsa.
Sebelum ini MySetiawangsa telah mengadakan program pemberian Petrol Percuma yang telah diadakan sebanyak 5 siri bermula sebelum daripada PKP lagi. Siri Petrol Percuma 5.0 telah diadakan pada 16 Oktober 2022 yang lepas.
Program julung-julung kali yang dianjurkan oleh MySetiawangsa ini adalah kesinambungan daripada inisiatif sebelumnya yang bertujuan untuk membantu golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 yang lalu dan juga golongan yang terkesan dengan kenaikan harga barang yang tidak menentu ketika ini khususnya kepada penunggang motorsikal, Phailing, Frontliner dan yang lainya.
Disamping program utama Tukar Minyak Hitam Percuma, pada malam ini juga turut diselangi dengan program santai bersama Komuniti Setiawangsa iaitu menonton secara LIVE AFC CUP 2022 FINAL antara Kuala Lumpur City menentang Al-Seeb.
Turut bersama-sama menjayakan program Ini adalah rakan strategik MySetiawangsa yang terdiri daripada Jabatan Penerangan Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaaan (AADK) Daerah Sentul, Komuniti Keluraga Malaysia Parlimen Setiawangsa dan juga Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) Parlimen Setiawangsa.
Penampilan istimewa pada program kali ini adalah Putri Sarah Liyana, Putera Amaris dan juga Tam Suhaimi yang akan sama-sama membantu dan memeriahkan lagi Program Tukar Minyak Hitam Motorsikal Percuma yang dianjurkan oleh MySetiawangsa.
MySetiawangsa sentiasa komited untuk bersama-sama rakan strategik atau mana-mana agensi yang lain bagi menjayakan program seperti ini dan mengharapkan lebih banyak lagi rakan strategik atau mana-mana agensi yang akan bersama-sama untuk menjayakan program seperti ini pada masa akan datang.
Ini bukti bahawa komuniti Setiawangsa sentiasa diberikan perhatian khusus dalam konteks membantu meringankan lagi beban kos sara hidup.