Kenyataan TS Haji Abdul Hadi Awang di atas itu jelas menyeleweng, mengelirukan dan bercanggah dengan hakikat bahawa Islam itu sebenarnya adalah addeen, iaitu cara hidup (a way of life).

Perpaduan dan kesatuan ummah amat digalakkan oleh Allah SWT..

Kepada Penulis, skop ulasan Ustaz Hadi itu sangat terhad jika dibanding dengan firman Allah di dalam Al-Quran, surah al-Hujurat, ayat 13 (sebahagian) bermaksud: “dan Kami jadikan kamu berbilang bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling berkenal-kenalan (sesama)..”

Di sini jelas betapa Allah SWT menganjurkan kepada kita PERPADUAN dan apa yang Kerajaan hari ini lakukan adalah selaras dengan seruan Allah SWT tersebut.

Di sini perpaduan itu termasuk dalam bab fardu kifayah merangkumi berbagai bidang seperti hubungan antarabangsa, politik, ekonomi, perniagaan, budaya, sosial dan sebagainya.

Para pengikut Haji Hadi berkata kita tidak boleh membandingkan beliau itu Sebagai seorang Ulama, itu betul, tetapi kita juga ada yang fasih berbahasa Arab dan boleh merujuk kepada al-Quran, Hadis sahih Rasulullah SAW dan kitab-kitab alim ulamak yang muktabar dan sebagainya sebagai panduan.

Adakah Haji Hadi berniat mahu berfatwa mengharamkan kerajaan perpaduan kerana didalamnya tiada PAS?

Cuba tengok video ini..

https://www.facebook.com/100006369993175/posts/3360757567479877/?mibextid=Nif5oz

Ulamakah itu?

Wallahua’lam

Sumber: NBI

Leave a Reply