Gua Musang, 29 Disember 2022 – Angkatan JAKOA dengan Kerjasama Unit Udara BOMBA Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah berjaya menghantar bakul makanan kepada 6 buah kampung Orang Asli Gua Musang bermula dari 25 hingga 29 Disember 2022.
Penghantaran bakul makanan ini dilaksanakan melalui laluan udara menggunakan 3 pesawat daripada Unit Udara JBPM beserta 46 orang anggota dari pelbagai agensi yang terlibat dalam operasi ini.
Sejumlah 417 bakul makanan telah Berjaya dihantar di dua lokasi iaitu Pos Gob dan Pos Simpor pada 25 & 26 Disember 2022. Seterusnya pada 27 Disember, sejumlah 358 unit bakul makanan telah Berjaya dihantar ke Pos Belatim, KOA Sau, KOA Ladoi dan sebahagian di Pos Balar.
Pada hari keempat 28 Disember 2022, sebanyak 347 bakul makanan lagi telah berjaya dihantar ke KOA Bihai Lama, KOA Sau, KOA Ladoi dan Pos Balar. (Updat e jumlah penghantaran hari ni, 29 Dis) JAKOA Kelantan dan Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan NADMA akan melaksanakan penghantaran bakul makanan fasa 2 dalam tempoh lebih kurang 3 minggu lagi.
Bakul makanan akan dibekalkan oleh Nati onal Disaster Management Agency (NADMA). Modus penghantaran bakul makanan bergantung kepada keadaan cuaca dan keadaan semasa penghantaran yang dijangka boleh dilaksanakan menggunakan kenderaan darat atau laluan udara.
Selesai
Pos Gob – 187 KIR
Pos Simpor – 230 KIR
KOA Ladoi – 135 KIR
Pos Balar – 233 KIR
Pos Belatim – 185 KIR
Pos Bihai – 152 KIR
Jumlah per KIR = 1,122 bakul makanan telah dihantar bersamaan 20.7 tan makanan.
Gerak kerja hari akhir penghantaran 29 Dis 2022 ialah di KOA Tendrik KIR bagi 152 KIR bersamaan 2.8 tan bakul makanan.