Oleh: SHAHRULUFTI SHARIF
Ketua Penerangan PUTRA Malaysia
29hb Disember 2022
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA (Security Offences (Special Measures Act 2012) adalah undang-undang peruntukan bagi langkah-langkah khas dengan tujuan mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam dan untuk perkara yang berkaitan”. Akta ini menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau ISA (Internal Security Act)
Anggota parlimen DAP RSN Rayer (Wakil rakyat Jelutong) menuntut & menggesa supaya tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) sedia ada dibebaskan dan berharap bahawa sementara menunggu sesi libat urus ini diadakan semua tahanan bawah Sosma perlu dihentikan dengan serta-merta dan mana-mana individu yang telah pun ditahan sekarang bawah undang-undang ini perlu dibebaskan. Ini bukti DAP ialah parti yg tidak sensitif dgn keselamatan negara.
Walau bagaimanapun, keistimewaan ini ditindih dengan beberapa peruntukan berkanun lain yang direka untuk memberi polis kuasa penyiasatan yang sangat luas dan untuk memaksa suspek dan saksi memberikan banyak maklumat kepada polis.
Maklumlah, Polis Diraja Malaysia mempertaruhkan nyawa mereka untuk kita setiap hari, tugas yang sukar untuk dilakukan untuk mengekalkan keselamatan awam dan mempertanggungjawabkan mereka yang melanggar undang-undang demi menjaga keselamatan rakyat dan negara Malaysia.
Jika Sosma di pinda, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia PUTRA mencadangkan supaya di kembalikan Akta ISA yg di mansuhkan dulu dgn pindaan penambah baikkan yg dikira wajar.
Pihak keselamatan iaitu Polis memerlukan instrumen yg berkesan, pantas dan tegas demi menjaga keselamatan rakyat dan negara.Cegah sebelum terlambat dan inilah semangat AKTA ISA.Sebab itu Singapura masih mengekalkan AKTA ISA sehingga sekarang dan tidak mungkin akan di manauhkan.
Semua Kepimpinan Parti2 Politik tidak wajar mempolitikan apa sahaja Akta2 yg di lulus untuk pihak polis melakaanakan tangongjawab demi keselamatan rakyat dan negara.Cakaplah apa saja, demokrasi, hak asasi dan keadilan, namun semuanya mengatasi nyawa rakyat yg tidak berdosa jika berlaku huru hara saperti 13 Mei 1969 dulu.Sekarang ini dgn kedatangan dunia cyber dan internet dan Malaysia pula negara berbilang kaum dan agama, terbukti sudah ancaman keselamatan berada saperti apa dalam sekam atau telur di hujung tanduk.
Semasa di adakan libat urus untuk pindaan Akta SOSMA di adakan juga serentak libat urus untuk kembalikan Akta ISA.
Semuga Allah Selamatkan Malaysia Negara Tercinta.
PUTRA PERKASA NEGARA
Ketua Penerangan PUTRA Malaysia
29hb Disember 2022