Oleh: SHAHRULUFTI SHARIF
Ketua Penerangan PUTRA Malaysia
03hb Januari 2023

Pengerusi DAP, YB Lim Guan Eng mengajak rakyat untuk bersatu demi mengalahkan puak ekstremis yang ingin melihat rakyat di negara ini saling bertelingkah?
Ahli Parlimen Bagan, siapakah puak ekstremis yang anda maksudkan? Bila bercakap, biar jelas dan nyatakan pihak mana, puak mana,individu mana,ngo mana atau Parti mana?

Penulisan Pengerusi DAP di Twitter seperti ini.
:- “Mari kita bersatu mengalahkan puak-puak ekstremis yang ingin memecahbelahkan rakyat agar menumpukan perhatian kepada masalah ekonomi negara dan menghapuskan amalan rasuah.

:- “Hanya bila kita teguh bersama barulah Malaysia akan maju bersama,”

:- Guan Eng berkata, Kerajaan Perpaduan yang berada di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong akan terus memberi fokus kepada ekonomi. Ciap Pengerusi DAP di Twitter.

Putra ingin sekolahkan Lim Guan Eng apakah beliau sedar,puak ekstremis adalah gulongan yang mempersoalkan dan selalu mendesak agar dasar – dasar nasional yang terikat dengan Asas Perlembagaan Negara untuk dipinda atas nama reformasi, hak asasi atau demokrasi.
Ini termasuk Dong Zong yang menuntut di iktiraf Sijil UEC walaupun bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan, mempersoal hak kaum bumiputera yang terjamin dalam perlembagaan (hak istimewa melayu)dan bermacam kereneh dilakukan olih pihak2 tertentu. Apakah gulongan yg mendesak SOSMA di pinda bolih di sifatkan ekstremis kerana yg di tahan di bawah Akta Sosma adalah ektremis.
Kalau betul YB Lim Guan Eng ikhlas menentang Extremis,desak Kerajaan kekalkan AKTA SOSMA saperti asal dan desak Kerajaan kembalikan AKTA ISA untuk polis dapat bertindak dgn cepat dan berkesan terhadap gulongan extremis.

Persoalan untuk YB Lim Guan Eng,apakah beliau sedar tanggongjawab orang Islam dari segi akidah seperti menentang judi dan mendesak judi diharamkan juga disifatkan ektremis? Bagi umat Islam, Perjuangan Menegakkan Hukum Allah swt berpaksikan penghayatan Amal Maruf Nahi Mungkar,bolih dituduh sebagai ektremis.Apakah perjuangan Malaysian Malaysia bukan ektremis?

YB Lim Guan Eng juga harus berlajar memahami ajaran Islam dan aqidah orang Islam. Saya pasti, jika di sentuh ajaran agama seperti Kristian ataupun agama-agama lain, LGE juga akan melenting. Peribahasa Melayu seperti “mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”

Maksud: Mencari salah orang yg lebih,tapi diri sendiri lebih banyak keburukan, sama ada sedar atau tidak.

Rakyat tidak harus keliru dan benar2 memahami makna Ektremis atau Rasis.
Siapa yg sebenarnya Ektremis dan Rasis.
Masing2 cermin diri sendiri.Please look ourself at the mirror
Persepsi selalu nya orang Islam yg mahu hukum Islam di tegakkan di tuduh ektremis dan orang melayu yg mempertahankan hak bumiputra di tuduh rasis.Manakala pihak lain yg jelas jahat di katakan tidak rasis dan ektremis.Hello sedar lah sikit.Jangan pandai mahu berkokok sebelah pihak sahaja.

Putra tegas dgn pendirian apa sahaja yg patut di hayati ialah mendokong dan mendaulat Asas Perlembagaan Negara,Rule of Law dan Rukun Negara.
Kebebasan Demokrasi tidak bolih di biarkan sehingga nyawa rakyat terancam dan negara musnah dan Penghayatan Hak Asasi Manusia bolih di terima selagi mana tidak bertentangan dgn ajaran syariat Islam dan tidak bertentangan dgn nilai moral dan budaya masyarakat setempat.

Jika betul2 mahu ektremis dan rasis dapat di bendong dgn berkesan, sokong kekalkan AKTA SOSMA TANPA PINDAAN DAN KEMBALIKAN ISA..
Ini adalah ujian forensik hati, sama ada yg bercakap ikhlas atau tidak.

Semoga Allah Selamatkan Malaysia Negara Tercinta.

PUTRA PERKASA NEGARA

Ketua Penerangan PUTRA Malaysia
03hb Januari 2023.
1.3Optg.

Leave a Reply