CHERAS, 19 Januari 2022 – Satu Operasi banteras aktiviti urus niaga disyaki tidak beretika melibatkan penyelewengan barang kawalan bersubsidi bahan api jenis diesel dilancarkan KPDN Selangor yang telah digerakkan pada 18 Januari 2023 (jam 5.00 petang), di sekitar Cheras, Selangor.

Operasi serbuan ini melibatkan sebuah premis tanpa nama dan ianya tindakan susulan daripada aduan dan hasil risikan yang telah dijalankan selama sebulan dan seterusnya tindakan serbuan telah dijalankan.

“Tindakan serbuan oleh pasukan operasi dilakukan semasa aktiviti pengalihan/ pengagihan minyak diesel sedang dilakukan oleh lori-lori yang berada di Kawasan yang diserbu hendap itu, katanya ketika sidang media disini.

Katanya, “Modus Operandi aktiviti ini berdasarkan hasil pemeriksaan awal adalah dengan membuat pengisian di stesen minyak secara berulangkali sebelum ianya dihantar ke stor/ premis yang diserbu itu.

Menurut sumber, berdasarkan dari situasi ini, dipercayai terdapat aktiviti urus niaga jual beli antara stesen minyak berdekatan dengan premis tanpa nama tersebut.

Susulan daripada situasi tersebut, satu pasukan serbuan telah membuat pemeriksaan lanjut terhadap premis yang diserbu itu dan suatu Arahan Pengisytiharan Stok dan Mengemukakan Maklumat/Dokumen di bawah Seksyen 8 AKB 1961 telah dikeluarkan kepada pemandu-pemandu lori yang dijumpai dan diserbu di tempat kejadian.

Pasukan serbuan telah menahan sembilan belas (19) orang lelaki, lima belas (15) daripadanya merupakan Warganegara dan empat (4) orang lagi bukan warganegara iaitu (3 warganegara Myanmar dan seorang warganegara Indonesia) dimana mereka dipercayai merupakan pemandu lori. Kesemuanya telah ditahan untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Tindakan sitaan melibatkan lima belas (15) buah kenderaan, terdiri daripada dua (2) buah lori tangki dan tiga belas (13) buah bonded lorry. Sejumlah dua puluh lima (25) unit Intermediate Bulk Container (IBC) berkapasiti 1,000 liter turut dirampas dan lain-lain peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan mengalih/ menyedut keluar bahan api diesel yang disyaki diseleweng.

Sejumlah 120,330 liter bahan api diesel disita dan jumlah ini berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada OYDS yang ditahan semasa serbuan. OYDS telah diarahkan untuk membuat pengistiharan stok di bawah peruntukan Seksyen 8, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961. Anggaran nilai sitaan bahan api diesel ialah RM 258,709.00 dan anggaran jumlah keseluruhan nilai sitaan adalah melebihi RM700,000.00. Pemeriksaan juga turut menyita wang tunai sejumlah RM6,000.00.

Potensi kesalahan dalam kes ini akan disiasat di bawah AKB 1961,iaitu Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974 – berurusan barang kawalan berjadual tanpa lessen, dibaca bersama Seksyen 21, AKB 1961- memiliki barang kawalan dengan menimbulkan syak yang munasabah akan melakukan kesalahan.

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi Satu Juta Ringgit Malaysia (RM1,000,000.00) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Akta ini.

KPDN menegaskan pihaknya terus konsisten menggerakkan tindakan penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang yang dikuatkuasakan di bawah KPDN, khususnya melibatkan penyelewengan ke atas barangan bersubsidi yang merupakan antara salah satu kepentingan awam yang perlu diselia dan dijaga.

Justeru, KPDN juga meminta pengguna untuk menyalurkan maklumat atau sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan perlakuan perdagangan domestik di saluran rasmi berikut :

i. Whatsapp 019-2794317/ 019-8488000
ii. Portal e-aduan.kpdnhep
iii. Call Centre 1-800-886-800
iv. Emel e-aduan@kpdn.gov.my
v. Ez ADU KPDNHEP
vi. Bilik Gerakan KPDN Selangor (setiap hari 8.00 pagi-6.00 petang) 03 5514 4393

Leave a Reply