KUALA LUMPUR, 19 Januari 2023 – Pelan Transformasi 3.0 perlu dirancang dan disediakan bagi membantu kerajaan dalam aspek Keselamatan Makanan dan mengurangkan import bahan-bahan makanan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Untuk itu, FELCRA Berhad satu agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang dipertanggungjawabkan untuk memajukan kawasan luar disamping membina peluang kepada masyarakat luar bandar menyertai aktiviti ekonomi yang menjana pendapatan melalui pewujudan sektor luar bandar yang dinamik, menarik dan menguntungkan.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pelan transformasi yang mengandungi 3 elemen utama iaitu tanggungjawab sosial, nilai komersial dan membantu menjayakan keterjaminan makanan itu perlu disediakan dengan segera.
“Datanglah kepada saya untuk saya menjadi fasilitator bagi memperkasa program-program yang dirancangkan
“Kita mempunyai sekurang-kurangnya 4 tahun untuk menterjemahkan perlaksanaan transformasi yang kita fokus kepada kecukupan makanan dan penghasilan makanan,” kata beliau ketika sidang media selepas sesi Taklimat oleh FELCRA Berhad di Ibu Pejabat FELCRA disini.
“Saya melihat setiap usaha FELCRA sebelum ini dan percaya dengan kerjasama erat bersama KKDW, lebih banyak potensi akan dapat diterokai khususnya di dalam sistem pembangunan desa dan wilayah, katanya
Dalam pada masa yang sama, Ahmad Zahid juga menekankan usaha FELCRA dalam melaksana dan memperkukuhkan tanggungjawab sosial dan korporat (CSR) FELCRA melalui Transformasi 3.0 yang perlu memperkasakan agenda keselamatan makanan negara seterusnya mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan import.
Gerak kerja transformasi ini perlulah merangkumi usaha-usaha untuk meningkatkan lagi produktiviti dan pelbagai inisiatif di bawah selian FELCRA.
Lonjakan kejayaan agenda transformasi FELCRA Berhad juga akan disokong sepenuhnya oleh kerajaan melalui suntikan dana pembangunan RMK12 yang telah diluluskan dalam Bajet Mini 2023 sebanyak RM71,143,000 dalam bentuk geran dengan 19 program demi kesejahteraan peserta FELCRA.
Selain itu, KKDW juga amat prihatin terhadap program jangka pendeknya bagi membantu mengurangi serta mengimbangi tanggungan kos sara hidup peserta dan masyarakat. FELCRA Berhad telah mengutarakan permohonan sebanyak 17 program demi manfaat warga peserta.