KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Sri Johani Ghani yang mendedahkan mengenai penipuan Goldman Sach dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukanlah satu perkara yang mengejutkan.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi, beliau mempersoalkan tindakan kerajaan ketika itu yang mempunyai tujuan untuk menjadikan Bekas Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak korban politik.

Dalam kes melibatkan International Petroleum Investment Company (IPIC), Bekas Perdana Menderi Tun Dr Maharhir Mohamad dan Bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Tommy yang membatalkan perjanjian supaya IPIC membayar semula kepada 1MDB pada akhir 30 Disember 2020.

“Mungkin motifnya ialah naratif wang 1MDB ‘kekal hilang’ boleh dimainkan?, kata Mohd Puad dalam kenyataan yang dikeluarkan di Facebook miliknya.

Ini kerana, perkara ini sudah pun banyak kali dijelaskan sendiri oleh Datuk Sri Najib Razak di setiap hantaran Facebook milik beliau namun semuanya hanya diam membisu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.

Johari Ghani seharusnya mendesak secara total. Bukan sahaja Goldman Sach dan pegawainya patut didakwa tetapi harus juga menyiasat kenapa kerajaan pimpinan Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

“Sebab itu ramai penipu tidak didakwa. Malah dijadikan “crown witness”

“Matlamatnya ialah untuk memenjarakan Datuk Sri Najib Razak sahaja. Ada pula saksi penting seperti Jho Low dan Nik Faisal tidak dibawa balik hingga ke hari ini. Macam disengajakan?,” katanya

Penyelesaian yang terlalu sedikit iaitu sebanyak USD2.5 berbanding jumlah sebenarnya USD6.5 billion dibawah kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin memang menimbulkan banyak tanda tanya dan Johari Ghani lewat membangkitkan isu tersebut, kata Mohd Puad.

“Adakah kerajaan ketika itu sudah berpuas hati kerana misi memenjarakan Najib tercapai maka jumlah bayaran balik yang sedikit itu bukan lagi isu?, ujarnya .

Leave a Reply