Mantan Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin mengharapkan agar Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru, YB Dr. Akmal Saleh dapat membawa sebuah perubahan besar kepada kepimpinan baru Pemuda UMNO Malaysia.
Antara yang perlu dibuat Dr. Akmal adalah usul umur Ketua Pemuda UMNO Malaysia di bawah 40 tahun yang di bawa pada tahun lalu, menjadi Ketua Pemuda yang neutral dan berani menegur kepimpinan pusat dengan berhemah, tidak takut diugut dan menjalankan tanggungjawab menjaga kesemua 191 bahagian pemuda di Malaysia dengan sebaiknya.
Datuk Muqarabbin mengucapkan tahniah buat Dr Akmal Saleh dan berterima kasih kerana pernah berjasa kepada Datuk Muqarabbin dan keluargnya dimana beliau pernah ke Chiangrai menziarahi anaknya di ICU di sana.
Pemuda UMNO baru ini, perlu dilihat tegas, berani bersuara dan tidak perlu lagi mempunyai kem-kem yang boleh menjadi perpecahan sesama. Program akar umbi juga wajar diperbaharui dan diubah agar anak muda lain dapat kembali minat kepada UMNO. Itu pesan dan doa saya buat Dr. Akmal.
Muqharabbin juga kini sedang menawarkan diri sebagai Calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO dengan nombor calon 69.