PUTRAJAYA – Perdana Menteri umum berita baik buat rakyat hari ini dengan memutuskan bahawa tarif elektrik dan air di Semenanjung tidak akan dinaikkan.
Oleh itu, kata Perdana Menteri lagi, kerajaan akan terus komited dalam menampung subsidi sebanyak RM5.8 billion meskipun berlakunya peningkatan mendadak kos bahan api dan kos penjanaan lain.
Dalam masa yang sama juga, kerajaan turut memutuskan bahawa harga Ayam di pasaran tidak akan diapungkan.
Justeru, harga siling baharu bagi ayam akan diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam masa terdekat.