Oleh : Rafi Awg Kechik
1. Sejarah negara Malaysia telah melihat seramai 8 orang menjadi Perdana Menteri, dengan Tun Mahathir sebagai seorang Perdana Menteri yang menjawat jawatan PM sebanyak dua kali.
2. PM Dato’ Sri Ismail Sabri merupakan Perdana Menteri yang ke 9 semenjak Negara Merdeka pada tahun 1957, satu perjalanan sejarah yang agak panjang.
3. Sejarah Negara juga memperlihatkan peralihan kuasa antara seorang Perdana Menteri kepada PM yang baru, telah banyak kali berlaku (8 kali), ada yang berlaku secara sukarela manakala ada turun kerana kalah Pilihanraya Umum atau kehilangan majoriti di Parlimen.
4. Sejarah juga telah menyaksikan Almarhum Tunku Abdul Rahman turun dari jawatan Perdana Menteri secara sukarela dan suka hati kepada Timbalannya, Tun Abdul Razak.
5. Peralihan kuasa Perdana Menteri seterusnya adalah antara Tun Razak kepada Tun Hussien Onn.
Walaupun peralihan ini disebabkan kematian Tun Razak di London akibat penyakit Cancer Leukimeia, tetapi Almarhum Tun Razak telah mengetahui bahawa dia tidak akan panjang umur, pasti Tun Razak ada meninggalkan pesanan-pesanan kepada Tun Hussien yang merupakan Timbalan beliau serta Birasnya, yang sehingga hari ini menjadi rahsia antara mereka berdua.
6. Apabila sampai masanya Tun Hussien Onn menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Tun Dr. Mahathir atas sebab-sebab kesihatan, ianya berlaku dengan baik dan tersusun serta kemas.
Tiada sebarang perjanjian bertulis atau lisan antara mereka berdua, yang diketahui oleh umum. Apa rahsia mereka berdua, juga tidak dibocorkan kepada umum.
7. Manakala, peralihan kuasa antara Tun Mahathir kepada Tun Abdullah juga menjadi rahsia.
Selepas 22 tahun menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Mahathir akhirnya melepaskan jawatan PM kepada Pak Lah pada tahun 2003 setelah beberapa orang Timbalannya, gagal menunjukkan keyakinan kepada Tun Mahathir.
Kita dimaklumkan terdapat beberapa perjanjian antara Tun Mahathir dengan Tun Abdullah ketika peralihan kuasa PM ini berlaku tetapi sehingga hari ini, tidak pernah didedahkan dan masih menjadi rahsia antara mereka berdua. Malahan, kedua-dua mereka masih hidup dan mampu mendedahkannya sekiranya mahu.
8. Begitu juga apabila Tun Abdullah mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri dan menyerahkan jawatan tersebut kepada Dato’ Seri Najib Razak pada tahun 2009, setelah Tun Abdullah menang Pilihanraya Umum pada tahun 2008 (setahun selepas PRU). Pertukaran kuasa yang tenang sehingga membolehkan Najib Razak meneruskan pemerintahan yang berbaki 4 tahun (mandat dari Tun Abdullah) bersama Muhyiddin Yassin.
Penyerahan kuasa antara Tun Abdullah kepada Najib berlaku dengan tertib dan lancar sehinggakan ia disebut sebagai A smooth transition.
Pasti peralihan kuasa ini mempunyai rahsia-rahsia tertentu yang sehingga hari ini tidak didedahkan dan dibocorkan oleh mana-mana pihak ataupun oleh mana-mana pegawai dari kedua-dua pihak.
9. Apabila BN-UMNO kalah Pilihanraya Umum ke 14, PM Najib Razak telah turun dan meletakkan jawatan Perdana Menteri secara teratur dan aman.
Ini telah memberi laluan yang mudah untuk YDP Agong memilih seseorang dikalangan Ahli-Ahli Parlimen ketika itu, yang pada hemat Baginda mempunyai majoriti yang cukup untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke 7.
10. Sejarah Negara juga telah memperlihatkan berlaku sedikit kekeliruan, apabila tiba-tiba Tun Mahathir meletakkan jawatan Perdana Menteri pada bulan Februari tahun 2020.
Sehingga hari ini, kenapa Tun Mahathir tiba-tiba meletakkan jawatan masih menjadi rahsia.
11. LANGKAH SHERATON yang berlaku seterusnya, dimana memperlihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir, dilihat oleh penganalisa politik sebagai DEMOCRATIC COUP DE TAT.
12. Dan apabila Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, beliau melakukan kejutan dengan tidak melantik seorang Timbalan Perdana Menteri tetapi sebaliknya melantik 4 orang Menteri Kanan.
Seorang dari parti BERSATU. Seorang dari BN-UMNO, seorang dari GPS Sarawak dan seorang lagi dari bekas pemimpin PKR (Azmin Ali).
Ini merupakan satu tindakan yang dilakukan kali pertama dalam sejarah negara.
Lari jauh dari tradisi yang mana seorang Timbalan Perdana Menteri sering dilantik ketika Kabinet baru dibentuk.
13. Akhirnya, apabila berlaku peralihan kuasa Perdana Menteri diantara Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Dato Sri Ismail Sabri pada bulan Ogos 2021, atas sebab-sebab tertentu apabila Muhyiddin kelihatan hilang keyakinan serta sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat, seharusnya juga dipenuhi dengan beberapa perjanjian diantara mereka berdua, sama seperti peralihan kuasa sebelum ini diantara 7 Perdana Menteri sebelumnya.
14. Sesungguhnya peralihan kuasa antara seseorang Perdana Menteri kepada pengantinya adalah sesuatu yang “sacred” dan terhormat.
Sebarang Aku Janji antara keduanya seharusnya KEKAL menjadi perkara yang TIDAK menjadi perbincangan umum. Apa lagi jika ianya berlaku dengan persetujuan bersama agar sebarang dokumen perjanjian tidak akan disiarkan atau dihebahkan secara umum.
Ketua Kerajaan (PM) bukan Satira Politik (political satire). Ada sesuatu “kemuliaan” tertentu yang harus dipelihara dan kekal terpelihara.
15. Kerahsiaan ini seharusnya turut dijaga oleh kedua-dua belah pihak termasuk pegawai-pegawai Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, sebagai menghormati tradisi dan kerahsian yang terkandung didalamnya.
16. Perlantikan Seorang Timbalan Perdana Menteri adalah mengikut tradisi walaupun lambat.
Dan perlantikan TPM ini adalah merupakan Prerogative (Hak Mutlak) Perdana Menteri.