editor@aatvnews.com

KUCHING, 4 DISEMBER – YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini, telah
menyempurnakan pelancaran Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak:
KASIH Kanak-Kanak Peringkat Negeri Sarawak bertempat di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Samariang, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.

Kanak-kanak merupakan aset penting yang bakal mencorak masa hadapan negara.

Justeru, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) amat prihatin dengan isu-isu keselamatan kanak-kanak khususnya penderaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Bagi menjaga kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan kumpulan sasar ini, KPWKM sentiasa memberi penekanan kepada pelbagai program advokasi dan juga khidmat sokongan.

Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak ini adalah antara usaha berterusan Kementerian dalam
mengerakkan semua anggota masyarakat agar bersama melindungi dan membina persekitaran selamat untuk kanak-kanak.

Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-kanak hari ini
menjadi platform kepada masyarakat setempat khususnya guru-guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat untuk berperanan dalam membantu KPWKM mencegah berlakunya peningkatan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Usaha ini akan berterusan dan KPWKM akan
meneruskan pelaksanaan program advokasi ini di sekolah-sekolah seluruh negara. KPWKM juga akan mengadakan kerjasama rentas kementerian bagi memastikan impak optimum Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak ini.

Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-kanak hari ini,
turut dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Buntal, Jalan Sultan Tengah, Kampung Buntal, 93050 Kuching, Sarawak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Santubong, 93050 Kuching, Sarawak.

Turut serta dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, KetuabSetiausaha KPWKM dan juga YBrs. Pn Rosmahwati binti Ishak, Timbalan Ketua
Pengarah (Strategik) JKM, YBrs. Pn Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian
dan Agensi.

Leave a Reply