editor@aatvnews.com

SHAH ALAM – Presiden Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Dato’ Paduka Dr. Ibrahim Ali sekali lagi membuat aduan ataupun laporan kedua kepada SPRM mengenai penyelewengan, salahguna kuasa dan ketirisan pihak pengurusan UiTM Holdings dan pengurusan UiTM yang mengakibatkan UiTM kerugian ratusan juta ringgit.
Laporan kedua ini dibuat oleh kerana sudah hampir setahun tidak ada maklumbalas daripada pihak SPRM mahupun UiTM hasil dari laporan pertama mengenai perkara yang sama bertarikh 31 Januari 2023 dengan No. Rujukan: PUTRA.Msia/pres/2023 (016).
Ianya sungguh mendukacitakan. Laporan kedua ini dibuat adalah sebagai susulan daripada laporan pertama yang tidak ada tindakan daripada SPRM atas semangat sebagai orang Melayu yang mempunyai semangat jatidiri, sentiasa mendaulatkan keluhuran undang-undang dan Perlembagaan Negara dan teramat benci kepada gejala penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah di mana sahaja berlaku, kerana ianya perkara yang amat buruk dan dikutuk Allah S.W.T.
Satu laporan berita terbaharu yang diterima melalui aplikasi WhatsApp dimana pautan berita-berita tersebut adalah seperti berikut:-
i. https://www.msn.com/en-my/news/national/uitm-got-rm260mil-investment-without-
finance-ministry-nod-audit-report-finds/ar-
AA1kkytF?ocid=msedgdhp&pc=DCTS&cvid=574bf7b6ce974ad8be3c65ea0ddcea87
&ei=43
ii. Projek filem, hospital dan solar UiTM dimulakan selepas saya jadi VC dan sebelum
jadi Pengerusi – Ibrahim Shah – BebasNews https://bebasnews.my/2023/11/26/projek-
filem-hospital-dan-solar-uitm-dimulakan-selepas-saya-jadi-vc-dan-sebelum-jadi-
pengerusi-ibrahim-shah/;
iii. “Bersihkan nama UiTM Holdings – Ambil tindakan mahkamah, Ibrahim Shah sedia beri
keterangan”. Laporan Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 30 November 2023.
Ketiga-tiga laporan berita itu mempunyai kredibiliti kerana ianya laporan rasmi dan kenyataan dibuat oleh pihak-pihak pemegang taruh.
Ia seperti tidak boleh dinafikan lagi bahawa wujudnya penyelewengan dan salahguna kuasa dalam UiTM Holdings dan pengurusan UiTM.
Justeru, Ibrahim Ali sekali lagi mengulangi dan mendesak dengan TEGAS DAN LANTANG supaya SPRM segera menyiasat kes ini.
Jika SPRM berdiam diri dan tidak menyiasat secara menyeluruh sehingga ke akar umbi, maka ini boleh disifatkan sebagai langkah untuk melindungi pihak-pihak yang terlibat untuk melakukan penyelewengan.
Oleh itu, siasatan segera hendaklah dilakukan dengan segera dan laporan ini akan turut disalinkan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam bin Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM Malaysia sebagai makluman dan tindakan selanjutnya.