Kuala Lumpur, 5 Ogos 2022 Timbalan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin menyanjungi langkah bersejarah Malaysia dengan pelancaran filem aksi jenayah yang julung kali diterbitkan bersama dengan Korea Selatan- THE LORD MUSANG KING.
Filem yang menggabungkan para pelakon dan bakat baru terbaik dari Korea Selatan dan Malaysia merupakan sebuah filem yang penuh aksi dengan jalan cerita yang mengagumkan.
Filem tersebut diterbitkan oleh Hundred Years Popcorn Production Sdn. Bhd. diterajui oleh Penerbit Eksekutif, En. Ong Peng Chu, Penolong Penerbit Eksekutif, Dato Sri Zalenal Abidin Omar dan Penerbit, En. Eddie Chow, bersama dengan pengarah terkenal dari Korea Selatan, Lee Moon Ho, demi memastikan kesesuaian dan keaslian budaya semasa penggambaran filem tersebut.
En. Ong Peng Chu berkata, “Kami menggabungkan yang terbaik dari Malaysia dan Korea Selatan sepertimana yang kami percaya kerjasama ini akan memberikan impak yang unik dan menjadikannya sebuah filem yang dinantikan. Selepas persediaan dan perancangan selama dua tahun, penggambaran The Lord Musang King bakal bermula pada 11 Ogos 2022 di Kuala Lumpur selama sebulan.
Filem tersebut mengisahkan seorang pemuda bemama Haikal, yang merupakan anak kepada pekebun durian yang berjaya di sebuah bandar bernama Masalia, yang diperangkap dan dipenjara. Demi menyelamatkan anaknya, pekebun tersebut yang bernama Samad membuat perjanjian dengan Cheon Jin, presiden syarikat Cheon Ha International Trading Group di Korea Selatan. Perjanjian tersebut membabitkan perjanjian pembelian syarikatnya sebagai balasan menolong Haikal untuk keluar dari penjara. Samad akhirnya dibunuh oleh taikun Korea Selatan tersebut semasa perjanjian tersebut dimeterai.
Tidak lama kemudian, Haikal diberitahu yang bapanya telah meninggal dunia, dan laporan menunjukkan ianya berpunca dari bunuh diri. Lantas, beliau bertindak untuk menyiasat kes tersebut secara mendalam dengan melarikan diri dari penjara demi mencari kebenaran di sebalik kematian bapanya. Lambat laun, Haikal perlu bekerjasama dengan pihak polis demi membersihkan namanya dan mencari keadilan untuk kematian bapanya.
Pengarah filem THE LORD MUSANG KING telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan penonton akan kagum dengan babak penuh aksi seni mempertahankan diri yang ditonjolkan di dalam filem ini. Para pelakon dipastikan berlatih babak aksi yang intensif selama 12 jam setiap hari bagi menampilkan persembahan yang semula jadi dan realistik dalam babak aksi berlawan seni mempertahankan diri.
The Lord Musang King akan dilancarkan pada pertengahan 2023. Sila saksikan di sebalik tabir filem tersebut di aplikasi TikTok, akaun The Lord_Musang King!