Pemuda Parti Gerakan Rakyat Malaysia hari ini telah menghadiri sesi perjumpaan dengan Bank Negara Malaysia (BNM). Perjumpaan tersebut diadakan oleh pihak Bank Negara Malaysia sebagai maklum balas bagi penyerahan memorandum kepada Bank Negera Malaysia (BNM) untuk perhatian Tan Sri Nor Shamsiah binti Mohd Yunus selaku Gabenor BNM yang bertarikh 19 Julai 2022.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda GERAKAN, Lee Boon Shian berkata, perjumpaan kali ini adalah mengenai tuntutan penjelasan mengenai isu penipuan/kecurian wang simpanan melalui transaksi tidak sah yang berlaku di luar pengetahuan pemilik akaun oleh pihak Bank Negara Malaysia.

“Bank Negara Malaysia sebenarnya peka terhadap isu penipuan tersebut. Walaupun pelbagai inisiatif telah diambil oleh Bank Negara Malaysia, namun masih terdapat ramai orang yang mudah terpedaya dengan modus operandi ‘scam’ kerana kurangnya kesedaran dan pengetahuan,” katanya ketika ditanya wartawan di BNM semalam

Turut serta Timbalan Ketua Penerangan Pemuda GERAKAN 1 Thed Wei Shiun dan Ahli Jawatankuasa Pemuda GERAKAN Cooper Khoo Kuan Yiaw.

“Antara inisiatif yang telah diambil oleh Bank Negara Malaysia adalah melalui saluran laman sosial media, mereka (BNM) sebenarnya mempunyai laman page Facebook yang merangkumi info berkenaan dengan ‘scam’ ” katanya.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk membanteras isu penipuan dan kecurian wang simpanan pengguna, bak kata pepatah, mencegah adalah lebih baik daripada ‘mengubati’ “, ujarnya.

Orang ramai boleh ikuti laman page Facebook ‘Amaran Scam’ untuk mengetahui perkembangan penipuan kewangan terkini di Malaysia.

Pada masa yang sama Parti Gerakan juga mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak BNM semasa sesi perjumpaan petang tadi.

LEE BOON SHIAN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN PEMUDA GERAKAN
PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

Leave a Reply