PUTRA Bahagian Gombak gembira dan menyokong penuh keputusan sebulat suara pimpinan 4 parti politik Melayu yang telah bersetuju bersama Tun Mahathir Mohamad untuk mewujudkan gabungan parti baru iaitu Gerakan Tanah air yang terdiri daripada Parti Perjuang,Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA),Parti Berjasa &Parti Iman, juga disokong penuh oleh 4 pertubuhan NGO untuk permulaan mekanisme memperbaiki keadaan politik yg tidak stabil masa kini.
Walaubagaimanapun tercetus suara suara yang tidak bersetuju dengan gabungan ini kerana melihat permulaan perkembangan yang amat baik yang boleh menjadi lebih baik memungkinkan lagi penyatuan bangsa Melayu ,parti parti politik Melayu, NGO 2 melayu bergabung memperlihatkan satu ruangan positif menyingkirkan kepimpinan kepimpinan yang mempunyai rekod mahkamah atau sedang dalam proses mahkamah.
Apa yang lebih penting adalah kesedaran semua pihak mengenai pentingnya intergriti ,ketulusan , ketepatan dalam menentukan hala tuju impian rakyat yang inginkan Malaysia bersih dari korapsi rasuah dan penyalahgunaan kuasa juga kewangan negara.
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) masih tetap berpegang teguh kepada 10 sumpah keramat yang sememangnya adalah misi perjuangan Putra memertabatkan bangsa Melayu dan peribumi di negara tercinta ini.
Jelas dengan gabungan ini kita berada di posisi selesa di block ketiga pastinya kemenangan kita akan menjadi kayu aras dalam pembentukan kerajaan sekali gus memberi kesan positif kepada semua. Gerakan Tanah Air satu permulaan yang baik.
PUTRA Bahagian Gombak mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua yang terlibat dalam pembentukan dan penubuhan parti GTA ini. Ini juga adalah satu perjuangan.
Allah Hu Akbar!!!
Allah Hu Akbar!!!
Allah Hu Akbar!!!
” PUTRA PERKASA NEGARA “
Mohamed Shahrin Ismail
Timbalan Ketua PUTRA Bahagian Gombak