editor@aatvnews.com
Selepas Zuki gagal mencalonkan Datuk Isham Ishak, KSU Mindef yang pernah disiasat dibawah Akta SPRM 2009 membabitkan kontrak kerajaan bernilai RM99 juta sebagai KSN, kini Zuki beralih kepada ayam tambatannya Datuk Khairul Dzaimee yg baru sebulan di KSU KSM.
Sumber dalaman kata, nama Datuk Isham Ishak ditolak sebagai calon KSN kerana kerajaan akan berdepan liabiliti sebagaimana kes Zuki dan 2 KPPA sebelumnya.
Kepada pemain sektor pekerja asing dan urusan berkaitan imigresen, Khairul Dzaimee sangat dikenali mereka.
Khairul Dzaimee adalah pegawai PTD yang boleh dikowtim dengan bayaran setimpal. Di KSM baru sebulan, Khairul telah memaksa BKP KSM supaya menyediakannya sebuah Velfire!
Dalam bab Kedaulatan negara juga bukan keutamaan kepada mantan KP Imigresen ini.
Kedudukan Malaysia dalam senarai pemerhatian pemerdagangan manusia oleh USA jatuh ke tahap 3 yakni terendah ketika Khairul Dzaimee menerajui Jabatan Imigresen!
Jangan lupa, peristiwa hitam 1.2-3 juta warga China & India yang tidak keluar daripada Malaysia pada tahun 2018-2021 berpunca daripada kegagalan Khairul Dzaimee sewaktu mengetuai Jabatan Imigresen Malaysia.
Adakah kamu lupa insiden BLACK OUT di KLIA? Pelancong China masuk secara manual dan cop imigresen di atas kertas kosong!
Bagaimana nak kesan mereka yg hilang! Ini semua modus operandi Khairul kartel PTD Zuki!
Prof.Madya Dr Mizan Mohammad Aslam iaitu penganalisis strategik dan keselamatan negara pernah menggesa RCI ditubuhkan bagi menyiasat isu ini.
Presiden PUSPA-Zarina Ismail dan Presiden PAPSMA- Dr. Sukumaran Nair mengatakan bahawa isu kebanjiran pendatang asing adalah kerana Jabatan Imigresen yang diketuai oleh Khairul ketika itu sangat mudah “ditembusi” dan dibeli.
Pelekat-pelekat khas Imigresen mudah didapati dan dalam keadaan asli walhal hanya Jabatan Imigresen yang mengeluarkan pelekat berkenaan.
Wakil Migraint Care – Alex Ong mengatakan, Sistem Pembantu Rumah Dalam Talian (MOS) yang diperkenalkan oleh Khairul antara penyumbang utama pengeksploitasian warga asing terutamanya warga Indonesia.
Alex juga menyatakan kegusaran beliau apabila KSM kini diterajui oleh Khairul yang gagal ketika menjadi KP Imigresen. 2 Jabatan utama (JIM dan KSM) sangat berkait dengan isu warga asing dan pemerdagangan manusia.
Kartel PTD diketuai oleh Zuki Ali. Zuki menyusun Khairul Dzaimee dipindahkan daripada JIM ke BHEUU sementara sahaja dan seterusnya ke KSM. Kini Zuki mencari jalan memaksa Khairul Dzaimee sbg penggantinya di kerusi KSN melalui Sultan Terengganu.
Khairul Dzaime ditugaskan menghapuskan rekod aktiviti haram kartel PTD yg diketuai Zuki.
Jika Khairul Dzaimee dilantik sebagai KSN, maka rakyat Malaysia sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kedaulatan negara.
Anwar juga akan diingati sebagai “Papa Warga Asing”.
Selanjutnya baca di ES.
Perisik Negara,
Putrajaya.