PETALING JAYA – Medispa yang menawarkan rawatan kulit wajah, rambut dan badan kini mendapat sentuhan nafas baru dengan penjenamaan semula.

Konsultan Kesihatan Aestetik, Dr Ainna Alias berkata kini Medispa itu dikenali sebagai Kireina Medispa.

“Kiriena Medispa ini menawarkan rawatan bergred ‘medical facial’ dan bukan seperti facial yang biasa. Yang membezakan rawatan di sini adalah, kita lebih memfokuskan kepada rawatan kulit untuk menjadi lebih sihat menggunakan cara, teknik dan produk yang bergred medikal.

“Jadi siapa ada masalah parut, jerawat, jeragat, kulit tak sekata, kulit kendur dan penuaan, semua kita boleh rawat,” katanya pada sidang media di ibu pejabatnya.

Tambah Dr Ainna, selain dari rawatan wajah, Kireina Medispa juga ada menawarkan rawatan rambut dan badan.

Beliau berkata jika ada masalah rambut seperti kelemumur, kering atau berminyak, Kireina Medispa boleh merawatnya tanpa menggunakan sebarang suntikan kepada pelanggan.

“Rawatan tak rumit dan yang penting boleh relaks. Boleh sampai tertidur kerana kita lebihkan urutan bagi melancarkan peredaran darah, dan yang paling spesialnya ialah rawatan terapi air untuk kulit kepala. Memang kena datang cuba untuk nak tahu.

“Cara kita buat istimewa,” katanya.

Sementara itu, Pengasas Kireina Medispa, Azizah Salleh berkata beliau berterima kasih kepada kerajaan Madani kerana memberi peluang kepada usahawan sepertinya turut sama menaikkan ekonomi negara.

Beliau berkata memiliki Medispa itu merupakan impiannya sejak dari kecil lagi.

“Saya nak wanita di luar sana tahu mengenai kelebihan Medispa saya.

“Kita sama-sama tahu kekuatan pembeli terletak pada Wanita. Semua wanita nak cantik dalam dan luar. Dekat Medispa saya ada untuk kecantikan dalam dan luar,” katanya.

Dalam pada itu Dr Ainna berkata Kireina Medispa bukan terhad kepada wanita sahaja tetapi pelanggan lelaki juga sangat dialu-alukan untuk membuat rawatan.

Beliau gembira jika lelaki juga mendapatkan rawatan di Medispanya kerana percaya yang penjagaan kulit tetap penting untuk kaum itu.

Dr Ainna berkata untuk permulaan, Kireina Medispa menawarkan harga promosi bagi rawatan kali pertama.

“Harga promosi bagi rawatan kali pertama Premium Peel Facial adalah RM199 berbanding harga asalnya RM399,” katanya.

Kireina Medispa telah bermula beroperasi sejak 2016 dengan menggunakan nama MAD Wellness.

Kireina Medispa menitikberatkan penggunaan produk yang bertaraf medikal, selamat dan halal.

Dr Ainna berkata antara produk yang paling mendapat sambutan di Medispa adalah ‘Is Clinical’ dan rawatan yang mendapat sambutan hangat pula ialah ‘Premium Peel Facial’.

Part 1
Part 2

Leave a Reply