
KUALA LUMPUR, 13 Jun 2026 – Industri pengurusan acara dan perkahwinan di ibu kota kini berwajah baharu dengan perasmian penuh gemilang Istana Sakura Hall yang berlangsung di Plaza SG Mas, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Majlis Grand Opening Red Carpet yang serba berprestij itu telah menghimpunkan tetamu kehormat, rakan industri, usahawan, pempengaruh, pihak media serta selebriti tanah air dalam satu suasana yang cukup eksklusif dan glamor.

Sesuai dengan prestij majlis, kemunculan khas ratu dangdut negara, Amelina, menjadi tarikan utama malam tersebut. Beliau berjaya menghangatkan suasana dengan persembahan bertenaga yang memukau para hadirin sekali gus menyerikan lagi malam pembukaan dewan berkenaan.

Selain penggiat industri, majlis turut diserbu oleh barisan bakal pengantin yang tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri keunikan reka bentuk dalaman Istana Sakura Hall, yang kini disebut-sebut sebagai destinasi pilihan utama bagi majlis perkahwinan dan acara eksklusif di Kuala Lumpur.
Dewan Glamor Dengan Kemudahan Lengkap
Menjanjikan pengalaman standard ‘kayangan’, Istana Sakura Hall menawarkan konsep dewan yang mewah dan elegan dengan kapasiti sehingga 400 tetamu (sekali duduk). Ia merupakan lokasi ideal bukan sahaja untuk majlis perkahwinan atau resepsi, malah untuk makan malam korporat, seminar, dan pelbagai acara korporat lain.

Antara keistimewaan utama dewan ini termasuklah:
✓ Dekorasi glamor dan eksklusif dengan hiasan kristal mewah
✓ Siling yang tinggi serta ruang legar yang luas
✓ Pelamin LED moden dan sistem pencahayaan profesional
✓ Kemudahan lengkap seperti parkir yang luas, surau, serta tandas berhampiran
✓ Sajian katering berkualiti tinggi dan premium


Pakej Lengkap “All-In-One” Bermula RM29,900
Memahami kehendak pelanggan yang mahukan majlis sempurna tanpa tekanan, Istana Sakura Hall menawarkan pakej lengkap (all-in-one) yang sangat berbaloi bermula dari harga RM29,900. Pakej ini merangkumi segala keperluan majlis termasuk penyediaan dewan eksklusif, pelamin premium, katering, busana pengantin, solekan profesional, sistem PA, emcee, jurugambar, susunan VIP, krew layanan, sehinggalah kepada penyelaras acara (event coordinator) profesional.

Menurut Pengasas Istana Wedding Hall, Puan Irni Rosleh, penubuhan Istana Sakura Hall ini adalah untuk memenuhi impian orang ramai yang inginkan sebuah lokasi acara yang bukan sahaja indah dari segi visual, tetapi juga praktikal dengan perkhidmatan berkualiti tinggi.

”Kami mahu memastikan setiap majlis yang berlangsung di sini berjalan dengan lancar, eksklusif, dan memberikan memori indah buat semua tetamu,” ujarnya.
Bagi mereka yang sedang merancang majlis perkahwinan atau acara korporat, tempahan kini sudah mula dibuka. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai pakej, anda boleh menghubungi pihak Admin di talian WhatsApp 013-340 0040 atau 012-242 5551. — Berita AATV
#IstanaSakuraHall #Amelina #DewanKahwinKL #PakejPerkahwinanMurah #BeritaAATV