LANGKAWI – RichWorks International Sdn Bhd, selaku peneraju dalam memperkasakan keusahawanan berkongsi cita-cita dan harapan mereka dalam melahirkan dan memupuk ‘100 Gladiators’ ahli TITANIUM yang mencerminkan kecemerlangan keusahawanan dengan pendapatan jualan tahunan yang melebihi RM 10 Juta pada tahun 2024.

Sebagai batu loncatan pada tahun 2024, RichWorks tetap komited untuk memupuk generasi baru Gladiators yang akan membentuk masa depan keusahawanan di Malaysia sambil mengharungi persekitaran yang lebih mencabar pada tahun ini.

Meskipun terdapat liku-liku rintangan yang berbentuk krisis poli-global dan kenaikan kos dalam perniagaan terutamanya dari aspek bahan mentah serta kepelbagaian faktor yang lain, dedikasi dan usaha keras RichWorks tidak pernah putus ke arah mencapai kejayaan berterusan.

Hal ini mencerminkan pemikiran RichWorks yang berdaya tahan dan komited dalam mengatasi sebarang halangan yang bakal tiba.

Sebahagian daripada usaha ini termasuklah pelancaran buku terbaru mereka, THE TITAN GLADIATORS – Perjalanan 65 Usahawan Biasa Capai Jualan Lebih RM10 Juta Setahun yang telah dilancarkan secara rasmi sempena Wiraland Award, Inner Circle Meeting (ICM) untuk ahli Titanium RichWorks di PARKROYAL Langkawi Resort 4 Mac lalu.

Buku ini mengisahkan perjalanan inspirasi 65 usahawan berjaya yang telah berkecimpung dalam dunia perniagaan yang mewakili sebanyak 51 jenis perniagaan dalam pelbagai sektor.

Buku ini juga berlatar belakangkan cabaran, kejayaan, dan langkah strategik yang mendorong individu ini daripada peringkat perniagaan awal hingga melepasi RM10 juta dalam jualan tahunan mereka.

Selain menjadi medan pelancaran buku, Wiraland Award juga mengiktiraf sejumlah 151 perniagaan dalam 16 kategori atas pencapaian dan peningkatan jualan perniagaan mereka antara RM10 juta hingga RM500 juta pada tahun 2023.

Tahun 2023 terus menjadi bukti kecekalan dan kejayaan RichWorks kerana 65 ahli Titanium Gladiators ini berjaya mencecah jualan tahunan terkumpul melebihi RM2 bilion.

Turut mencapai kejayaan dari segi jualan mahupun kepimpinan dan dalam membentuk pasukan kakitangan adalah 541 perniagaan di bawah bimbingan pementoran RichWorks.

“Sumbangan tahunan kami kepada KDNK negara menandakan dedikasi RichWorks kepada kedua-dua pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara, sejajar dengan agenda kerajaan untuk memupuk keusahawanan dan memacu pembangunan ekonomi.

“Dengan memperkasakan individu yang berketerampilan dan membangun minda berwawasan, kami secara aktif mendukung inisiatif yang bertujuan untuk memupuk ekosistem keusahawanan yang teguh.

“Berikutnya, inisiatif ini mampu mempamerkan keusahawanan sebagai platform dinamik yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan negara secara menyeluruh,” kata Mentor, Pengasas dan Pengerusi RichWorks Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Sejak penubuhannya pada tahun 2008, RichWorks telah memperkasakan lebih daripada 1.5 juta usahawan lalu meninggalkan impak pada lebih daripada 700,000 peserta yang terbabit melalui program secara langsung (live event). 

Organisasi ini beralih dengan lancar kepada platform maya semasa pandemik Covid-19 dan membimbing seramai 800,000 peserta melalui program keusahawanan.

Antara inisiatif yang kerap dijalankan adalah seperti program Millionaire Marketing Mastery yang memberi tumpuan kepada strategi pemasaran zero kos atau berbayar.

Dr Azizan berkata, statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan hanya 17.4 peratus peniaga kecil dan sederhana (SME) di Malaysia yang berjaya mencapai jualan sebanyak RM1 juta setahun.

Malah, hanya 3.4 peratus sahaja yang berjaya mencecah RM10 juta atau lebih setiap tahun.

“Dalam seratus peniaga di luar sana, hanya tiga daripadanya yang berjaya mencapai jualan melebihi RM10 juta.

“Namun, dalam komuniti RichWorks, 40 peratus daripada 300 Titan kita berjaya mencapai pencapaian itu. Sekarang, kita mempunyai matlamat untuk melahirkan 100 Gladiators pada tahun 2024.

“Mereka bukan sahaja akan menjadi jutawan, tetapi juga mampu mencapai jualan melebihi RM10 juta. Ini bermakna peluang pekerjaan akan terbuka kepada lebih ramai orang, dan juga lebih banyak cukai akan dibayar, termasuklah cukai SST dan LHDN.

“Kesimpulannya, usaha ini akan memberikan sumbangan positif kepada ekonomi negara,” katanya.

RichWorks menetapkan matlamat mereka untuk melihat 100 perniagaan mencapai jualan tahunan melebihi RM10 juta pada tahun 2024.

Untuk mencapai visi ini, organisasi ini melantas ke arah mengiktiraf dan menangani cabaran utama usahawan.

RichWorks ingin terus membantu usahawan menguasai pelbagai strategi seperti penjenamaan dan pemasaran untuk menonjol dalam pasaran yang sesak, pembezaan strategik jenama, produk, atau perkhidmatan, pengurusan kewangan yang berkesan, dan banyak lagi.

Usaha RichWorks juga terus meluas melalui penyebaran ilmu, program latihan dan bimbingan, dan penglibatan di platform media sosial yang merangkumi inisiatif secara percuma serta program berbayar yang dilaksanakan secara berperingkat.

Program-program ini bertujuan untuk memperkasakan usahawan sedia ada dan baharu bagi membuktikan bahawa impian dan hasrat mereka boleh berubah menjadi kenyataan melalui bimbingan dan pengetahuan asas yang kukuh.

Dalam masa sama, RichWorks turut melancarkan sesi eksklusif, Business Coaching: Your 1st Million or 10 Million di Kota Bharu, Kelantan pada 24 April dan Shah Alam, Selangor pada 1 Mei akan datang.

Sesi bimbingan ini ditaja sepenuhnya bagi usahawan terutama pemilik bisnes yang ingin mencapai jualan RM1 juta atau lebih RM10 juta pada tahun ini.

Bagi mereka yang berminat boleh mohon melalui laman web richworks.com/businesscoaching. – https://max-infos.com/

Leave a Reply