KUALA LUMPUR – Ketua Badan Perhubungan Perikatan Nasional Kepong, Iskandar Khoo Kuan yiaw berkata, sebagai wakil ahli Gerakan dan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan yang prihatin terhadap kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia terutama di Kuala Lumpur, mengutuk dan mengecam tindakan YB Anthony Loke dan YB Lim Lip Eng yang terlibat dalam Majlis Makan Malam yang mencurigakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Logo Persatuan XX yang terpapar semasa majlis itu amat mencurigakan dan menyerupai logo kongsi gelap yang pernah di-war-warkan oleh PDRM sendiri. Iskandar Khoo dan Pemuda Perikatan Nasional Wilayah Persekutuan menuntut jawapan segera dari YB Anthony Loke dan YB Lim Lip Eng dengan tiga soalan penting:

  1. Siapakah individu yang sebenarnya di belakang Persatuan tersebut? Adakah Persatuan ini mempunyai kaitan dengan kongsi gelap yang beroperasi di negara ini?
  2. Berikan senarai tetamu yang hadir dalam majlis tersebut? Adakah terdapat individu-individu yang terlibat dalam aktiviti yang mencurigakan atau bertentangan dengan undang-undang?
  3. Apakah motif sebenar YB Anthony Loke dan YB Lim Lip Eng menyertai majlis tersebut? Adakah mereka sedar akan kehadiran logo yang mencurigakan tersebut?

Rakyat Malaysia berhak mendapat jawapan yang jelas dan terperinci dari wakil-wakil mereka!

Kami (Perikatan Nasional) menyeru agar YB Anthony Loke dan YB Lim Lip Eng memberikan penjelasan segera untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap integriti dan kejujuran mereka sebagai pemimpin.

Perikatan Nasional (PN) tidak akan berdiam diri dan akan terus mengawal serta mengkritik setiap tindakan yang mencurigakan demi keamanan dan kesejahteraan negara!

BERSIH, BERINTEGRITI, BERJUANG UNTUK RAKYAT!

Leave a Reply