KUALA LUMPUR – PUTRA menggesa kerajaan perlu memastikan ringgit kembali bernilai selepas mengalami kejatuhan masa ini, kata Ahli Dewan Tertingginya, Mohamed Shahrin Ismail

Beliau berkata perkara itu ditekankan oleh Presiden PUTRA, Datuk Ibrahim Ali semasa Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi PUTRA (ADT) Kali ke-9.

Menurut Shahrin, langkah terbaik adalah dengan memberi suntikan dana membantu GLC dan usahawan di dalam negara meningkatkan produktiviti negara dari segi eksport.

“Ini untuk pastikan ringgit lebih bernilai melalui permintaan negara luar kepada apa yang negara hasilkan dan bukan negara bergantung kepada import.

“Yang akhirnya ringgit kekal gagal di naikkan malahan potensi untuk terus jatuh semakin besar apabila nilai OPR dan inflasi semakin besar,” katanya.

Shahrin juga berkata apa dilakukan kerajaan masa ini lebih memberi tekanan kepada rakyat malahan banyak subsidi dimansuhkan dan tidak mengekalkan keistimewaan yang rakyat terima sebelum ini.

Beliau berkata malah dikurangkan, penambahan takrif dan cukai yang tidak masuk akal memberi kesan besar pada rakyat.

“Bukan membantu memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi serta ringgit itu sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrin berkata PUTRA turut kesal cara kerajaan menangani isu-isu sensitiviti agama yang melibatkan isu besar seperti Palestin.

Beliau berkata pemboikotan barangan negara Israel serta pembelian barangan muslim (BMF) perlu dilakukan.

“Saranan kepada rakyat Malaysia gunakan kuasa majoriti untuk menentukan keperluan dan kehendak mereka bagi mencapai matlamat dan objektif sebenar,” katanya.

Leave a Reply