KAJANG – Persatuan masjid dan beberapa penduduk di Bandar Teknologi Kajang mengeluh apabila masjid yang baru dibina dan siap pada tahun lalu tetapi tidak ramai yang hadir.

Nazir Masjid Bandar Teknologi Kajang, Mohammed Khafidz Mohamad Ishak berkata antara isu yang menjadi puncanya adalah jalan yang tidak bertar, berdebu dan menjadi laluan keluar masuk lori.

“Ini sehingga menyebabkan jalan berlubang dan berselut.

“Debu dan pasir juga masuk sehingga ke dalam ruangan solat masjid. Ini menyebabkan setiap hari perlu di vacum,” katanya kepada AATV News.

Mengulas lanjut, Mohammed Khafidz berkata antara cadangan yang diminta kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) adalah seperti kelancaran lalu lintas, pintu pagar kedua dan jejantas motosikal.

Beliau berkata ini bagi mengurangkan kemalangan dan bahaya kepada pengguna jalan raya.

“Kerajaan perlu buat sesuatu untuk ambil alih jalan ini. Telah hantar surat kepada JKR tetapi jawapan diterima masih sama iaitu dalam pertimbangan.

“Kita harap media dapat ketengahkan isu ini kepada orang atas. Biar mereka tahu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Selangor, Datuk Nozhar Che Noor mempersoalkan bagaimana masjid itu dibina tanpa digazetkan jalan.

Beliau berkata ini sesuatu perkara yang tidak patut berlaku kerana di bawah kerajaan negeri.

“Jalan tidak dirizabkan ke masjid. Ini keperluan sebab jalan untuk ke masjid.

“Kedua pintu pagar hanya satu sahaja dibuka menyukarkan pergerakan keluar masuk. Jika solat Jumaat menyebabkan kesesakan dan mengambil masa yang lama untuk keluar,” katanya.

Nozhar juga menggesa JKR sedia menyelesaikan isu yang berbangkit itu dengan kadar segera.

Setiausaha Masjid Bandar Teknologi Kajang, Mohd Shukri Shaari berharap pihak berkuasa terutama JKR dapat menyediakan kemudahan asas yang dibangkitkan itu.

Beliau berkata jalan masuk ke masjid yang sempurna, berturap dan tidak menumpang jalan bersama lori kuari yang keluar masuk setiap hari dengan hampir 60 trip menyebabkan jalan akan sentiasa rosak.

“Masjid cantik tetapi disebabkan perkara di atas, orang ramai tidak mahu ke masjid,” katanya.

Leave a Reply