KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Business & TVET Certified Institute (KLTvet) menjalinkan kerjasama dengan Malaysia Cat Groomers Association (MCGA) bagi membangunkan industri pendandan kucing di dalam negara.
Seramai 30 orang wakil dari MCGA dan KLTVET menjadi tonggak penting dalam pembangunan industri pendandan kucing di Malaysia.
“Tujuan utama Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) ini adalah untuk memperkuat kerjasama di antara KLTVET dan MCGA dalam mencipta, menyusun, dan mengiktiraf modul atau silibus di bawah Persatuan Pendandan Kucing Malaysia.
“Modul dan kaedah yang digunakan oleh institusi pendidikan di dalam bidang pendandan kucing akan diiktiraf dengan piawaian yang ditetapkan, bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini kepada kucing yang dimiliki oleh pencinta kucing di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Operasi, KLTVE, Aisar Talha.
Majlis Menandatangani MoU antara Kuala Lumpur Business &TVET Certified Institute (KLTvet) dengan Malaysia Cat Groomers Association (MCGA) telah diadakan di Pejabat KLTVET HQ, Gombak.
Dalam majlis tersebut, KLTVET telah menyampaikan Sijil Diploma RPEL dalam bidang Diploma in Cat Grooming Management kepada empat orang graduan yang berjaya menamatkan program pengiktirafan pengalaman kerjaya (RPEL).
Aisar berkata Ini menandakan pencapaian yang penting dalam menghasilkan tenaga kerja yang berkualiti dalam bidang pendandan kucing di negara ini.
KLTVET juga telah menyerahkan Sijil Akreditasi kepada MCGA sebagai pengiktirafan terhadap modul dan silibus yang diiktiraf oleh KLTVET dengan akreditasi dan validasi dari European Education Board dan Alzette University.
“Tindakan ini menegaskan komitmen KLTVET dalam menyokong dan memperkukuhkan standard pendidikan dan latihan dalam industri pendandan kucing di Malaysia.
“Majlis ini menandakan satu langkah besar ke hadapan dalam memajukan industri pendandan kucing di negara ini.
“Kami berharap kerjasama antara KLTVET dan MCGA akan terus berkembang, membawa manfaat kepada pencinta kucing dan industri secara keseluruhan,” katanya.