KUALA LUMPUR – Program Kasih Ramadan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP)-Bank Simpanan Nasional (BSN) diteruskan semalam dengan memberikan motivasi kepada 20 pelajar asnaf.

YWP berkata 20 pelajar itu merupakan pilihan melalui penyerahan BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP).

“BSN SSP merupakan produk simpanan BSN yang mana pelanggan boleh menyertai Cabutan BSN SSP dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik,” kata YWP.

Turut hadir dalam program itu, Ahli Parlimen Wangsa Maju Zahir Hassan yang menyerahkan sumbangan kepada pelajar terbabit.

Dalam program kedua itu juga, turut disusuli dengan iftar bagi menghargai rakan-rakan strategik seperti surau, masjid, persatuan penduduk dan NGO yang terlibat.

Sebelum itu, program dimulakan dengan Literasi Kewangan BSN “Ringgit Dijaga Komuniti Sejahtera” yang bertujuan membekalkan individu dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam menguruskan kewangan.

YWP berkata ini menjadikan para peserta dengan lebih baik dan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.

Program secara berkumpulan ini melibatkan 35 orang peserta dan mengambil masa selama 3 jam.

Leave a Reply